PUTRA SELAR TINDAKAN KERAJAAN YANG GHAIRAH INGIN MENJUAL TANAH KAMPUNG BARU

404
SHARES
2.3k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

Oleh Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Ketua Wira Penaja

Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

Merangkap Ketua Penaja PUTRA Bahagian Titiwangsa

28 Oktober 2019 | 29 Safar 1441H

1. Saya menyokong kenyataan Setiausaha Kehormat Lembaga Pentadbir Petempatan Pertanian Melayu Kampung Baru (Mas), Shamsuri Suradi berkenaan tawaran terbaru oleh Menteri Wilayah dilihat seolah-oleh seperti wujud satu agenda tersembunyi bagi mengusir orang Melayu dari bandaraya Kuala Lumpur.

https://www.google.com/…/Melayu-merempat-jika-tanah-Kampung…

2. Bukan sahaja ingin mengusir, Menteri Wilayah ini juga ibarat musuh dalam selimut yang sudah buka sendiri selimut tersebut dan menampakkan dirinya dengan tindakan menggadai maruah dan menjual kepentingan bangsa demi kepentingan dirinya.

Tanah ini merupakan tinggalan Baginda Sultan Selangor terdahulu kepada orang Melayu dan seharusnya kerajaan yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘kerajaan Malaysia Baharu’, mencari alternatif bagi menjadikan tanah ini sebagai tanah warisan hingga peringkat dunia di samping mengeluarkan belanja dari pihak kerajaan untuk menambah baik rumah yang uzur dengan membangunkan rumah warisan dan tradisi orang Melayu.

3. Tidak logik seseorang itu beriya-iya ingin buat sesuatu kalau tiada apa-apa kepentingan baginya. Khalid dilihat terlalu ghairah dan gopoh sehingga membuat kenyataan memaksa penduduk menjual tanahnya dengan harga muktamad RM1,000 sekaki persegi.

Kenyataan beliau amat menyakitkan hati para pewaris yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tawaran harga dan masih menyayangi peninggalan dan pusaka nenek moyang mereka. Tanah pusaka inilah satu-satunya tinggalan yang menunjukkan kasih sayang seorang Sultan kepada anak bangsanya dengan menggazetkan ia sebagai tanah bagi bangsa Melayu.

Hal ini seharusnya menjadi teras kepada kerajaan untuk menjaga dan menaiktaraf kedaulatan tanah ini bagi dipamerkan ke peringkat antarabangsa. Menteri Wilayah dan wakil rakyat tempatan sepatutnya lebih cakna berkenaan isu tempatan sebagai contoh masalah saliran air di kawasan pembangunan yang tidak dipantau mengakibatkan banjir di Kampung Baru khususnya rumah bawah di flat PKNS yang mengalami kerugian akibat 3 kali banjir dalam tempoh satu bulan.

Ini merupakan hal semasa yang lebih penting dan perlu diselesaikan dan bukan membiarkan agensi-agensi menuding jari sesama sendiri tanpa penyelesaian yang bermanfaat kepada rakyat tempatan.

4. Jika dilihat Bajet 2020 yang telah dibentang sebelum ini, sebanyak RM85 juta diperuntukkan untuk menyokong pembangunan dan pembaikan infrastruktur asas di kampung-kampung baru. Jelas jumlah yang diperuntukkan hanya untuk infrastruktur asas sahaja dan tidak disebutpun secara khas untuk membangunkan tanah segi tiga emas tersebut.

Ini bermaksud kerajaan Persekutuan sendiri tidak mengambil peduli hal ini dan membiarkan tanah ini dijual secara terus kepada pengusaha yang tidak dikenal pasti siapa mereka tanpa jaminan kerajaan.

5. Suka saya ingatkan Kampung Baru bukanlah tanah setinggan yang mudah untuk dibangunkan. Tanah ini mempunyai pemilik dan perlu mendapatkan kebenaran semua pewaris sebelum ia dijual kepada mana-mana pihak termasuklah kerajaan.

Walaupun tanpa menjual tanah berkenaan, kerajaan masih boleh membangunkan tanah tersebut. Tidak perlu membuat kenyataan palsu bahawa majoriti pewaris menerima tawaran tersebut sedangkan hakikatnya tidak berlaku seperti itu.

6. Jikalau kerajaan hari ini menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 demi kerakusan mencapai hasrat politiknya, kerajaan bukan sahaja akan membunuh legasi Kampung Baru yang selama ini adalah hak milik orang Melayu dan anugerah hasil perkenan Sultan Selangor malah kerajaan hari ini boleh dinobatkan sebagai kerajaan paling zalim.

Ini kerana kerajaan dengan zalim menjual tanah Kampung Baru dengan nilai yang rendah dan secara paksa merampas lebih 5,000 hak tanah tersebut kepada entiti yang berkepentingan kepada mereka.

Tindakan ini akan memupuskan orang-orang Melayu di bandaraya Kuala Lumpur dan seterusnya terpaksa berpindah keluar kerana tidak mampu membeli kembali kediaman dengan harga yang setara dengan harga jualan yang diberi.

Sekian.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts