JEMPUTAN PERBICARAAN SEKOLAH VERNAKULAR DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN – BUZZE AZAM

183
SHARES
590
VIEWS

Assalamualaikum semua.

Pada 4 November 2019, Isnin minggu depan jam 9 pagi, bertempat di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, seorang Hakim Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan kebenaran oleh saya mencabar keabsahan Sekolah Vernakular sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Setakat ini saya telah mendapat kerjasama 5 orang Peguam diketuai Dato Shaharudin Ali untuk berhujah memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan tersebut di bawah Perkara 4(4) Perlembagaan.

Sekiranya kebenaran diberikan, maka barulah Mahkamah akan menetapkan tarikh lain untuk mendengar merit permohonan saya.

Sekiranya Mahkamah menolak untuk memberikan kebenaran, maka kes ini akan dibuang oleh Mahkamah dan berakhirlah saman ini setakat itu tanpa sempat mendengar merit.

Peguam Negara akan hadir bagi membantah permohonan saya.

Oleh itu saya memohon sokongan, bantuan dan doa dari semua di sini untuk Barisan Peguam saya di lancarkan lisan untuk berhujah pagi Isnin nanti.

Saya juga mengharapkan rasa kebersamaan kita dalam tindakan ini kerana isu yang dibawa ke Mahkamah ini adalah melibatkan isu kepentingan Bahasa Melayu dan bangsa Melayu keseluruhannya.

Buat kali pertama dalam sejarah negara, Sekolah Vernakular dibawa ke Mahkamah untuk dibicarakan untuk menentukan keabsahannya di sisi Perlembagaan.

Kepada sesiapa yang berkelapangan, dijemput hadir bersama ke Mahkamah Persekutuan Isnin ini untuk melihat sendiri proses perbicaraan dan kehadiran semua pastinya menaikkan moral saya dan Barisan Peguam yang terlibat.

Terima kasih kepada semua netizen yang telah menyumbang untuk Tabung Perjuangan ini. Bukan jumlahnya yang menjadi ukuran yang penting adalah semangat perjuangan yang harus dirasai bersama.

Perjuangan ini akan berterusan tidak kira kita menang atau kalah di Mahkamah isnin ini.

Ini baru permulaannya, Melayu menjadi Plaintif menuntut haknya di sisi Perlembagaan.

Mari Kita tunjukkan kesepakatan kita, selepas semua harapan politik kita hampa, kita serahkan pula kepada Mahkamah tertinggi negara untuk menentukannya.

Kepada Allah kita berserah.

Salam hormat.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

31 Okt 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts