TUN HUSSEIN ONN, BAPA PERPADUAN YANG TIADA GANTI

475
SHARES
2.8k
VIEWS

1. Penyertaan Tun Hussein Onn dalam Kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak. Di bawah pentadbiran beliau, Kementerian Pelajaran terus meningkat maju.

2. Cukup arif dan memberikan perhatian terhadap faktor keselamatan, beliau turut menekankan kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap ancaman dadah.

3. Antara situasi yang paling mencabar ketika pentadbirannya ialah ketika tempoh darurat. Usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan bandar diperhebat. Golongan yang bersimpati dengan aliran komunis berjaya dipulihkan dan gerakan pengintipan juga mencapai matlamat.

4. Beliau akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang membuatkan Malaysia meniti arus pembangunan dengan konsisten tanpa banyak kontroversi. Dasar dan program yang diketengahkan selari dengan Dasar Ekonomi Baru.

5. Beliau juga telah berjaya melancarkan Rancangan Malaysia Keempat pada bulan April 1981. Beliau mencuba untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain terutamanya dari segi ekonomi.

6. Pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana amanah Bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi negara.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts