SETPOL PMX ZIARAH WARIS ALLAHYARHAM MUHAMMAD HAFIZ

336
SHARES
2k
VIEWS

Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, saudara Ahmad Farhan Fauzi telah menziarahi saudara Salleh dan isteri yang merupakan waris kepada Allahyarham Muhammad Hafiz (penunggang P-Hailing) di Taman Sidam Kiri, Kedah yang terlibat dengan nahas pesawat di Elmina.

Menurut bapanya, Allahyarham Muhammad Hafiz sepatutnya pulang untuk bersama meraikan perkahwinan adiknya dan kehilangannya ini pasti meninggalkan bekas yang mendalam kepada keluarga.

Beliau turut bertemu waris Allahyarham Shaharul Amir, Puan Suhaila di Lumut, Perak. Allahyarham adalah ‘breadwinner’ kepada keluarga dan meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.

Mendoakan keluarga yang terlibat dikurniakan kecekalan serta kesabaran yang tinggi dalam menempuh ujian. YAB Perdana Menteri amat yakin bahawa ujian ini bukan sembarangan malah besar kesannya kepada sanubari mereka yang terkesan.

Semoga roh mangsa nahas kesemuanya diberikan tempat yang terbaik oleh Yang Maha Esa dan diampun segala dosa-dosa mereka, Insya-Allah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts