1. PH kata, Najib Razak penyamun. Tetapi, PH yang lebih-lebih penyamunnya.
2. Tangkap dan tuduh Najib di mahkamah, kes SRC dan kes 1MDB.
PH kata:
Ini rule of law.
PH ikut undang-undang dan ikut kedaulatan undang-undang.
Yang dituduh perlu membela diri di mahkamah.
APABILA KENA KEPADA PAKATAN HARAPAN:
(i) KES ROGOL DI PERAK:
DAP kata ini konspirasi politik untuk menjatuhkan pemimpin politik DAP di Perak.
Ini bukan kes jenayah sebenarnya.
Ini bukan salah Exco Kerajaan Negeri Perak.
Ini salah pembantu rumah tersebut.
Ini bukan sebahagian daripada rule of law.
(ii) KES LTTE:
Lim Kit Siang kata, 2 ADUN DAP tersebut bukan pengganas. Mereka tidak bersalah dan perlu dibebaskan segera.
Ini bukan sebahagian daripada rule of law.
(iii) KES KOMIK:
Lim Kit Siang kata, Superman Hew bukan pro-komunis.
DAP tidak endorse komik ini.
Hanya kata-kata aluan sahaja daripada Lim Guan Eng SU Agong DAP.
Ini tiada kena mengena dengan rule of law.
(iv) KES VIDEO SEMBURIT DARI SABAH:
Dr. Mahathir kata, ini bukan isu jenayah atau isu moral.
Ini isu cubaan menjatuhkan karier politik Menteri Ekonomi.
TIDAK PERLU RULE OF LAW.
Tidak perlu membela diri. Tidak perlu dituduh di mahkamah.
IGP pula kata, kejadian berlaku di Sandakan, Sabah. Tetapi tidak pasti 100 peratus sama ada pelaku tersebut adalah Menteri Ekonomi.
Haziq mengaku sebagai pelaku.
Haziq mengaku lakukan bersama Menteri Ekonomi.
Polis kata, tidak pasti.
Jadi kemungkinan besar, Haziq lakukan dengan pelanduk dua serupa.
Rupa macam Menteri Ekonomi, tetapi bukan Menteri.
APAPUN YANG BERLAKU:
Azmin Ali tetap dan masih Menteri Ekonomi.
Exco Kerajaan Negeri Perak, tetap masih Exco.
Hanya bercuti.
Exco Kerajaan Negeri Melaka.
Tetap masih Exco.
ADUH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN:
Kita nilai sendiri Kerajaan PH ini.
ADAKAH ORANG-ORANG TANJUNG PIAI MASIH LAGI MAHU MEMILIH SEORANG AHLI PARLIMEN DARI KALANGAN PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN?
Aduh, udah-udah ler.
KATAKAN:
Bye – Bye.
Kepada Pakatan Harapan.
Salam.
DSBA