AZIZAH SEDIA BERUNDUR

481
SHARES
1.6k
VIEWS

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedia berundur dari jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandangnya ketika ini, selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.

Wan Azizah berkata, kesediaannya untuk berundur adalah perlu kerana tidak mahu wujudnya situasi pasangan suami-isteri memegang dua jawatan tertinggi dalam sistem pentadbiran negara.

Tidak menjadi isu mengenai situasi suami isteri menjawat dua jawatan tertinggi dalam kerajaan sekiranya layak namun seperti Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sendiri, beliau akan berundur memberi laluan kepada suaminya selaku Perdana Menteri kerana menurut beliau, “Kita tak ada situasi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri terdiri daripada suami-isteri.”

Justeru tidak perlulah sesiapa mempertikaikan mengenai spekulasi akan ada dua jawatan tertinggi yang diduduki oleh pasangan suami isteri kerana telah dijelaskan sebelum ini, Wan Azizah hanya membantu buat sementara ketika peralihan kuasa antara Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri mengikut perancangan awal.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts