TS MUHYIDDIN YASSIN KATA:
1. Penjawat Awam Kerajaan belum lagi selesa dengan Kerajaan Pakatan Harapan.
2. Setelah 61 tahun diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional, penjawat awam sudah biasa dengan cara tertentu kerajaan beroperasi.
PERSOALANNYA:
3. Semalam 9 November 2019, baru Muhyiddin bercakap mengenai penjawat awam tidak begitu selesa dengan Kerajaan Pakatan.
4. Apa tujuan TSMY berkata demikian?
Adakah selepas ini, TSMY akan salahkan penjawat awam atas tidak berkesannya Kerajaan PH memerintah negara ini?
5. Lagi-lagi The Blame Game.
TUN DAIM SUDAH INGATKAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN:
6. Pada 7 Mei 2019, bahawa sekiranya Kerajaan Pakatan Harapan ini tidak mempercayai penjawat awam.
7. Kerajaan PH akan mati terkubur.
8. Kabinet dan Menteri membuat dasar dan lain-lain, tetapi yang menjalankan dasar-dasar tersebut adalah penjawat awam.
9. Tun Daim juga pada 9 Mei 2019, mengingatkan Kerajaan PH bahawa kepercayaan kepada penjawat awam ini adalah dua hala, bukannya satu hala.
10. Tun Daim juga pada bulan April 2019 berkata:
NYAWA PH ADA 6 BULAN LAGI:
Tun Daim meminta rakyat memberi Kerajaan PH, 6 bulan lagi untuk membuktikan kemampuan mentadbir negara ini.
APRIL – NOVEMBER 2019:
11. Pada November ini, sudah 7 bulan berlalu.
12. Tun Daim meminta nyawa PH untuk 6 bulan lagi ketika itu. Kini, tempoh 6 bulan sudahpun berlalu.
13. Semalam di Tanjung Piai, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, pula meminta satu penggal – 5 tahun, untuk membuktikan kemampuan Kerajaan Pakatan Harapan.
ULASAN DARI RAKYAT:
14. Tempoh 6 bulan permintaan Tun Daim itu sudah berlalu. Keadaan negara semakin parah.
15. Yang jelas kelihatan, PRK Tanjung Piai ini adalah satu referendum rakyat terhadap Kerajaan PH.
16. Yang juga jelas kelihatan, masanya sudah sampai untuk rakyat membacakan talkin, kepada Kerajaan Pakatan Harapan ini.
17. Satu penggal 5 tahun akan menghancurkan negara dengan lebih parah. Sampai di sini sahaja PH.
Salam,
DSBA
10 November 2019