PENIPUAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN MENGENAI KOS SARA HIDUP

771
SHARES
2.4k
VIEWS

KOS SARA HIDUP.

PENIPUAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN.

APA KOS SEBENAR KEPADA RAKYAT?

1. Kempen di Tanjung Piai masuk minggu ke-2. Kempen-kempen PRK ini semakin panas dan menarik dari sehari ke sehari.

2. Pelbagai perkara berlaku. Di antaranya undang-undang baru pilihan raya dari SPR yang ekstrem dan keterlaluan.

3. Sebagai contoh, perlu ada permit polis untuk kempen dari rumah ke rumah. Ini bertujuan menyusahkan jentera BN dan PAS yang besar di Tanjung Piai.

4. Contoh kedua, tidak membenarkan penggunaan loud hailer, di atas kenderaan bergerak, yang dilihat begitu effective untuk BN, juga adalah satu undang-undang yang dilihat tidak munasabah.

KOS SARA HIDUP – SATU REALITI:

5. Tiba-tiba di PRK Tanjung Piai, Lim Guan Eng meminta rakyat memberi peluang kepada Kerajaan PH memerintah selama 5 tahun, baru hasil akan kelihatan, kononnya akibat negara telah dihancurkan oleh Kerajaan BN terdahulu selama 61 tahun sebelum ini.

6. Tidakkah Kerajaan PH sedar, Kerajaan BN ini sebenarnya yang berjaya mendapatkan kemerdekaan negara Malaysia daripada British.

7. Pemimpin Kerajaan PH masih tidak sedar, kenapa rakyat rasa tertipu dan dibohongi oleh pemimpin-pemimpin PH terutamanya berkenaan dengan kos sara hidup rakyat.

8. Saya akan cuba perjelaskan di sini, kos sebenar penjimatan rakyat sekiranya janji-janji Pakatan Harapan ditunaikan;

(a) PENJIMATAN TOL:

RM 1.90 satu hala × 2 × 30 hari = RM114.00

(b) PENJIMATAN GST:

RM600-00 sebulan keperluan harian rumah.

6% GST = RM36.00

(c) PENJIMATAN PETROL:

Harga RON 95 pada kadar = RM2.20 seliter.

Sekiranya harga RON 95 pada kadar RM1.50 = penjimatan sebulan = RM93.28

(d) PTPTN:

Jika ada satu anak di universiti.
Hutang PTPTN untuk program ijazah 3 tahun.

Setahun RM12,000 × 3

3 tahun = RM36,000.00

(e) PELABURAN DI TABUNG HAJI:

Duit di Tabung Haji = RM30,000.00

Dividen tahun 2017:
4.5% + 1.75% = 6.25%

RM30,000.00 = RM1,875.00

Dividen tahun 2018.

Dibayar tahun 2019.

Zaman PH = 1.25%.

RM30,000.00 = RM375.00

KERUGIAN:

RM1,875 – RM375 = RM1,500.00

KESIMPULANNYA:

9. Di bawah Kerajaan Pakatan Harapan selama 1 tahun 6 bulan ini;

Satu keluarga, 3 anak, seorang belajar di universiti. Menggunakan kereta Myvi, kos sara hidup yang boleh dijimatkan sekiranya janji-Janji PH ditunaikan:

Jimat tol sebulan = RM114.00

Jimat cukai GST = RM36.00

Jimat petrol sebulan = RM93.28

Jumlah keseluruhan jimat sebulan = RM231.88

Jimat setahun = RM1,269.36

10. Jimat tidak perlu bayar semula PPTPN = RM36,000.00 (tidak termasuk interest dan lain-lain).

11. Kerugian dividen dari Tabung Haji = RM1,500.00

12. Kerana inilah, dengan keadaan ekonomi negara semakin merudum, kos sara hidup rakyat semakin tinggi.

13. Walaupun GST dihapuskan, harga barang keperluan rumah masih tinggi dan terus naik. Kempen Pilihan Raya PH PRU-14, kononnya hapus GST, harga barang akan turun adalah satu penipuan.

14. Ekonomi yang semakin buruk menyebabkan Tabung Haji hanya boleh membayar dividen 1.25% peratus sahaja di zaman PH.

Kerajaan PH menyalahkan Kerajaan BN terdahulu. Sedangkan, ini adalah kerana Kerajaan PH yang tidak cekap mengurus ekonomi negara.

1.25 peratus Dividen TH adalah yang terburuk dalam sejarah Tabung Haji.

15. Ini belum lagi kita membicarakan harga komoditi kelapa sawit dan getah yang merudum.

16. Belum lagi membicarakan kilang-kilang dan pasaraya Giant yang ditutup, menyebabkan rakyat kehilangan pekerjaan.

17. Pegawai-pegawai kerajaan khidmat secara kontrak yang diberhentikan. Hilang pekerjaan.

18. Bagaimana rakyat tidak marah dan kecewa pada Kerajaan Pakatan Harapan.

FIKIR-FIKIRKANLAH.

Salam.

DSBA.

13 November 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts