AKAUN PAS JUGA PERLU DISIASAT – PEMUDA PAN

342
SHARES
2k
VIEWS

“Negara-negara komunis telah mengamalkan sistem ini di mana hanya satu parti iaitu parti komunis dibenarkan wujud. Sebelum ini akaun bank UMNO telah dibekukan kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” kata Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar A. Samad melalui Harakahdaily semalam ekoran cadangan Pemuda PAN menggesa pihak berkuasa menyiasat akaun pihak lain yang didakwa menerima wang daripada Umno termasuk PAS.

Tidak wajar sekiranya kerajaan ingin menyiasat akaun bank parti lain yang kononnya terkait dengan 1MDB sedangkan sepatutnya akaun 1MDB yang patut disiasat ke mana dananya disalurkan kemudian akaun yang terlibat dibekukan. Sekiranya dilakukan seperti membekukan akaun UMNO, kemudian baru hendak disiasat dan didakwa, ini jelas satu tindakan menganiayai dan membalas dendam.

Pihak pembangkang seperti UMNO dan PAS wajar melantik peguam untuk membantah tindakan tidak  bertamadun ini yang merugikan negara dan mamatikan demokrasi apabila kerajaan baharu mengambil pendekatan membalas dendam terhadap seteru politik mereka.

Kerajaan Pakatan Harapan yang sering melaungkan ketelusan dan kecekapan serta mengagungkan demokrasi tetapi belumpun dua bulan memerintah sudah mula menjadi lebih teruk daripada kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah membekukan akaun parti pembangkang.

Atau sememangnya kita sedang menuju menjadi negara satu parti?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts