PEMUDA DAP KRITIK PM DALAM ISU PEMILIHAN MENTERI KABINET

356
SHARES
2.1k
VIEWS

“DAPSY ingin menegaskan bahawa pandangan terhadap senarai kabinet yang diumumkan YAB Perdana Menteri bukan berniat untuk merebut mana-mana jawatan Menteri tetapi adalah untuk menghormati hasrat rakyat serta mempertahankan maruah parti demi memastikan tidak wujudnya sistem cacat bahawa sesebuah parti terlalu berkuasa dalam Pakatan Harapan,” 

Pemuda DAP mengkritik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tidak mengikuti senarai calon  Menteri yang dicadangkan kepimpinan DAP, termasuklah Anggota Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen.

Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh menyoal jika Tun Mahathir pada masa hadapan akan menolak Setiausaha Agung DAP sebagai Menteri, jawatan tertinggi parti yang kini disandang Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Pemuda DAP sewajarnya mengkritik Perdana Menteri kerana tidak mengikut senarai nama yang  dicadangkan namun menjadi hak perogatif Perdana Menteri untuk meneliti dan menolak nama yang dicadangkan sekiranya didapati tidak sesuai.

Pemuda DAP terlupa bahawa tidak ada sesiapa boleh mengarahkan Perdana Menteri untuk membuat apa sahaja yang mereka mahukan kerana sekiranya selepas ini Tun Mahathir mengikut kehendak DAP dengan melantik Nga Kor Ming dan Chong Chieng Jen selaku Menteri, maka rakyat akan mengutuk Perdana Menteri Malaysia kerana menjadi boneka DAP.

Sepatutnya DAP terima dan bersyukur dengan kemenangan Pakatan Harapan berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dan bersama-sama pemimpin Pakatan Harapan lain memajukan ekonomi dan mentadbir negara dengan baik bukannya sibuk-sibuk hendak menambah senarai Menteri mereka sahaja.

Mungkin kerana perilaku sebeginilah yang membuatkan setelah hampir dua bulan kerajaan Pakatan Harapan memenangi PRU-14, barulah Perdana Menteri berjaya membentuk kabinet.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts