ISU CHIN PENG: MENANG JADI ABU, KALAH JADI ARANG

210
SHARES
679
VIEWS

1. Mereka sudah berani muncul secara terbuka di khalayak ramai. Jika mereka bukan penyokong komunis, apa perlunya bersusah payah merancang dan menyeludup masuk abu mayat ketua pengganas komunis Chin Peng.

2. Sudahlah berani melanggar undang-undang, mereka juga angkuh mengumumkannya serta mencabar pihak berkuasa Malaysia. Apa mereka ingat kerajaan yang mereka katakan ‘kerajaan Pakatan Harapan yang lebih baik itu’ harta mak bapak mereka? Suka-suka hati boleh buat macam mereka mengurus parti politik.

3. Baru setahun lebih menang, sudah berani bertindak di luar batas undang-undang. Ahli-ahli Parlimen yang menyokong mereka juga sudah mahu mengubah sejarah pertubuhan pengganas paling kejam di bumi Malaysia.

4. Pihak berkuasa juga satu hal. Nampak bergelut menangani isu ini. Cuba bertindak sehabis lembut tidak mahu mencalarkan hati pihak tertentu. Maklum saja, ada hati dan perut yang perlu dijaga. Sepatutnya peduli apa siapa mereka, tangkap saja mereka yang melanggar undang-undang.

5. Ini tidak, silat pulut, silat pengantin, tai chi semua keluar. Tiada satupun pukulan maut untuk saki-baki pengganas komunis ini. Hati dan perasaan pejuang-pejuang yang menentang komunis tidak langsung dihiraukan. Suara mereka langsung tidak didengar. Lebih parah, pak menteri yang bertanggungjawab hal ehwal askarpun dah jadi pondan. “Awww” nya paling ‘win’ setakat ini.

6. Abu mayat diisytihar telah ditabur di bumi Malaysia yang berdaulat? Apa lagi selepas ini? Tentunya saban tahun akan ada sambutan mengingati kematian Chin Peng di tempat abu mayat ditabur. Pastinya mereka tidak akan peduli jika majlis sambutan akan melanggar undang-undang negara. Jelas potensi mereka peduli apa undang-undang negara, yang penting agenda mereka tercapai.

7. PDRM telah hilang kredibiliti di bawah pemerintahan Hamid Bador. Hamid Bador juga telah mengkhianati pejuang-pejuang PDRM dan ATM yang menentang pengganas komunis. Beliau awal-awal lagi telah ‘menolak bola’ kepada Peguam Negara dalam isu ini. Apakah yang kita harapkan kepada Peguam Negara yang pandai menari ‘twist’ itu jika beliau sendiri pernah menjadi peguam Chin Peng?

8. Juga apa nak diharap kepada Mahathir, Anwar? Dua-dua lidah bercabang, hanya memelihara tembolok sendiri. Konon gagah seantero dunia tetapi melutut dan menikus di hadapan saki baki pengganas komunis. Maruah mereka dan pemimpin seumpama mereka dijual dengan harga semurah satu undi.

9. Buat para pejuang penentang pengganas komunis, bertabahlah. Mahathir, Anwar dan seumpamanya telah mengkhianati perjuangan kita semua rakyat Malaysia menentang komunis. Pepatah menyebut, menang jadi arang, kalah jadi abu. Namun kini situasinya mungkin terbalik.

10. Tidak keterlaluan jika Dewan Bahasa dan Pustaka mengubahnya. Menang jadi abu, kalah jadi arang kerana bila menang boleh bawa balik abu manakala yang kalah itu jadi arang untuk kegunaan pihak lain sahaja…

Kolonel Pencen

Bukit Damansara KL

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts