Di sidang media selepas Majlis Pembukaan Kongres Wanita dan Pemuda PKR, Azmin Ali mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan mempertahankan Presiden Parti PKR Anwar Ibrahim daripada tuduhan gangguan seksual oleh Yusoff Rawther (penulis ucapan Anwar).
Azmin Ali kata;
Parti PKR kami menolak Politik Kotor seperti ini.
Kita tidak practice (lakukan) perkara-perkara sedemikian.
Kita mahu musuh politik kita, berhadapan dengan kita dengan hujah-hujah yang bersih dan sihat, bukan dengan dengan menggunakan fitnah.
ULASAN:
Cantik statement Azmin Ali yang ingin mempertahankan Anwar daripada tuduhan seksual ini.
MASALAH NYA:
Azmin is missing the whole point.
Apabila Azmin kata, kita mahu musuh politik kita berhujah dengan bersih dan baik, bukannya menggunakan fitnah serta politik kotor.
Masalahnya, bila tuduhan video seks Azmin keluar di Sandakan, Sabah, ini bukan fitnah atau politik kotor dari parti lawan iaitu UMNO, PAS, MCA atau MIC.
Video seks Sandakan dikeluarkan oleh orang yang tidak dikenali tetapi dipercayai dikeluarkan oleh orang dalam parti PKR sendiri.
Ini adalah kerana perebutan kuasa antara Anwar dan Azmin untuk menjadi Perdana Menteri selepas Dr. Mahathir.
Apabila Haziq (bekas SUSK Timbalan Menteri PH serta Ketua Pemuda Santubong), mengaku dia terlibat di dalam video tersebut.
HAZIQ BUKAN KETUA PEMUDA UMNO:
Perlu diperingatkan kepada Azmin dan rakyat, Haziq bukan Ketua Pemuda UMNO tetapi Ketua Pemuda PKR.
Mana mungkin Azmin keluar kenyataan yang tidak tepat bahawa;
PKR tidak practice politik kotor dan fitnah?
Apabila dilakukan oleh pemimpin Pemuda PKR sendiri.
MENGENAI YUSOFF RAWTHER PULA:
Yusoff bukannya ahli UMNO yang cuba memerangkap Anwar Ibrahim dan parti PKR.
Yusoff adalah pekerja Anwar. Beliau adalah penulis ucapan Anwar dan Anwar adalah majikan beliau.
Insiden antara majikan dan pekerja ini, telah berlaku berkali-kali.
Ia kini kelihatan seperti majikan mengambil kesempatan terhadap pekerja beliau.
AZMIN ALI TOLONG JANGAN KELIRUKAN RAKYAT:
Ini bukan politik kotor.
Ini bukan fitnah daripada parti politik lawan (UMNO), tetapi ini adalah isu dalaman parti PKR.
INI POLITIK KOTOR DARI DALAM PARTI PKR:
Apa yang jelas di sini, PKR mempunyai beberapa pemimpin yang ‘sakit’ .
Sakit dari aspek selera seksual.
Sakit dari aspek mental.
Sakit dari aspek berebut kuasa politik.
RAKYAT MELIHAT.
Salam.
DSBA
6 November 2019