WIRA PUTRA KECAM KEBIADAPAN DOKTRINASI MURID MENYANYI LAGU KEBANGSAAN DALAM BAHASA CINA

406
SHARES
2.3k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PENAJA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

6 Disember 2019 | 9 Rabi’ulakhir 1441H

1. Tidak cukup penghinaan dengan membawa abu mayat pengganas negara dan penghinaan bendera yang dijadikan sebagai lambang negara, kini tular video rakaman nyanyian lagu Negaraku dalam versi bahasa Cina. Perlambangan negara adalah hal yang sensitif dan ia dibuat pastinya mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan agar dipatuhi secara bersama oleh rakyat Malaysia. Namun, ia disalahgunakan oleh pelampau-pelampau rasis yang cuba menentang Rukun Negara iaitu Keluhuran Perlembagaan, demi maksud dan agenda tertentu.

2. Wira PUTRA mengecam guru dan sekolah yang melakukan tindakan yang amat biadap ini. Adakah gubahan lirik ke dalam bahasa Cina ini menjadi keperluan dalam kurikulum pelajar? Hinggakan semua pelajar dikehendaki menuruti untuk belajar menyanyi lagu rasmi negara tanpa menggunakan bahasa rasmi kebangsaan? Lebih mengelirukan lagi adakah bahasa rasmi kebangsaan sudah ditukar kepada bahasa Cina yang memungkinkan kenapa lagu kebangsaan digubah sesuka hati ke dalam bahasa selain bahasa Melayu?

3. Wira PUTRA melihat daripada perspektif umum video tersebut pastinya dirakam di sekolah jenis kebangsaan dan bukannya sekolah kebangsaan. Ini menjelaskan lagi kedudukan sekolah vernakular yang kewujudannya tidak membawa faedah pada negara selain daripada menjadi tempat pembiakan perkauman, kebencian dan melahirkan anak muda yang melanggar dan tidak patuh pada Rukun Negara dan lambang negara.

4. Perbuatan biadap guru yang mendoktrin melalui gubahan lagu ini juga adalah satu perbuatan derhaka pada Persekutuan dan selayaknya kelebihan dan kewarganegaraannya ditarik balik dan hukuman yang paling berat perlu dijatuhkan kepadanya. Usaha ini seperti cubaan mencabul dan merosakkan pemikiran anak-anak kecil ini agar mendokong agenda jahat mereka untuk jangka masa panjang. Jika dikatakan untuk memberi perkenalan penggunaan bahasa Cina terhadap bahasa dengan lagu kenapa tidak pilih lagu selain lagu Negaraku sebagai pilihan? Adakah guru ini tiada perasaan taat setia dan cinta akan negara Malaysia ini?

5. Wira PUTRA menggesa pihak berkuasa dan Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil tindakan segera di atas isu ini. Guru terbabit seharusnya diambil tindakan menggunakan Akta Hasutan. Jika ia tidak segera dibendung, tidak mustahil ia akan terus membiakkan pelampau dari kalangan pelajar sekolah rendah yang mindanya masih bersih dan suci lagi. Tindakan mempengaruhi dan menghasut minda kanak-kanak ini pastinya tidak berlaku di satu sekolah sahaja, malah pasti berlaku di sekolah jenis kebangsaan yang lain yang akhirnya akan membawa kerugian pada perkembangan disiplin dan sifat hormat anak muda di Malaysia pada masa akan datang.

Sekian.

Oleh Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Ketua Penaja

Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts