YUSOFF RAWTHER DIWAKILI HANIFF KHATRI, PEGUAM YANG SERING DIKAITKAN DENGAN MAHATHIR – DR. NOVANDRI

457
SHARES
2.7k
VIEWS

Oleh Dr. Novandri Hasan Basri

Muhammed Yusoff Rawther dipanggil PDRM sekali lagi hari ini selepas 8 jam soal siasat kelmarin.

Pemuda ini buat akuan bersumpah terhadap Anwar Ibrahim. Polis menyiasat dakwaan Yusoff mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan jika disabitkan akan dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman itu.

Selain daripada kes Anwar Ibrahim ini, pihak polis juga sedang menyiasat satu lagi kes berprofil tinggi iaitu video yang dikaitkan dengan Azmin Ali.

20 November 2019 – PDRM sangat yakin laporan ketulenan video dan pengecaman wajah daripada pakar badan bebas di USA akan diperolehi pada hujung tahun ini.

Hanya tinggal beberapa hari lagi untuk PDRM memperolehi laporan tersebut dan untuk tindakan seterusnya.

Tapi Anwar Ibrahim dakwa “polis dan SB cakap itu Azmin”, kata Zuraida Kamaruddin.

Yang menarik tentang kes Yusoff Rawther ialah peguam bela beliau Mohamed Haniff Khatri ialah seorang peguam yang terkenal seperti Shafie Abdullah.

Mohamed Haniff dilantik sebagai Pengerusi PERDA pada Januari 2019. Beliau juga sering dikatakan peguam Dr Mahathir.

Yang terkini:

8/12/19 – The prime minister’s lawyer today…… Mohamed Haniff Khatri Abdulla also….
https://www.freemalaysiatoday.com/…/pms-lawyer-wonders-if-…/

Kemungkinan besar atas kapasiti peribadi sebagai seorang peguam atau mungkin ada kaitan dengan datuk kepada Yusoff Rawther, iaitu Allahyarham Mohammed Idris, aktivis persatuan pengguna yang saya respect.

Tetapi kaitannya dengan Mahathir tentu menimbulkan persoalan-persoalan lain…

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts