SIASAT JUGA KES PALSUKAN 17 TANDATANGAN DAN SAKSI MENGAKU MENERIMA HABUAN BERJUTA RINGGIT

439
SHARES
2.6k
VIEWS

Memang tanggungjawab pihak polis untuk menyiasat jika laporan polis diterima.

Saya sendiri pernah mengarahkan pegawai saya untuk membuat laporan polis terhadap saya tahun lepas tentang kes Altantuya ini.

Walaupun polis berkata mereka mereka sedang menunggu arahan Peguam Pejabat Negara, saya masih mengalu-alukan siasatan ini dan berharap siasatan akan dijadikan secara telus dan adil tanpa sebarang kepentingan politik.

Pada masa yang sama, saya juga berharap pihak polis akan memberi perhatian untuk menyiasat dua lagi laporan polis yang telah dibuat berbulan-bulan dahulu:

1) Laporan pertama dibuat pada bulan Julai 2019 berkenaan saksi kes SRC memberitahu mahkamah bahawa tandatangan dia dalam 17 dokumen bank telah dipalsukan.

17 dokumen ini bukan sebarang dokumen biasa tetapi ianya adalah surat arahan yang telah diterima oleh bank untuk memindah dana SRC bernilai puluhan juta ringgit.

Sebuah NGO telah membuat laporan tersebut untuk polis menyiasat kesahihan dakwaan saksi itu serta menyiasat kenapa SPRM masih menyerahkan dokumen-dokumen kepada mahkamah sebagai bukti sahih kes dan tidak membuat laporan polis walaupun telah diberitahu oleh saksi bahawa tandatangannya telah dipalsukan.

“6 Julai 2019: NGO lapor polis dokumen bertandatangan palsu dalam kes Najib”
https://www.malaysiakini.com/news/482728

2) Laporan kedua dibuat pada bulan September 2019 oleh EXCO UMNO tentang saksi yang sendiri mengaku dalam mahkamah telah beberapa kali menerima dana berjumlah berjuta-juta tetapi tidak didakwa oleh SPRM.

Seperti laporan polis pertama, laporan polis dari EXCO UMNO ini juga kurang menerima perhatian dari pihak siasatan.

Malah orang yang membuat laporan polis tersebut didakwa telah ugut saksi pulak.

https://www.freemalaysiatoday.com/…/ugut-saksi-1mdb-lokman…/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts