RAKAMAN AUDIO TELEFON: KONSPIRASI LICIK JATUHKAN NAJIB RAZAK

501
SHARES
2.9k
VIEWS

Oleh Dr. Novandri Hasan Basri

Isu pintasan perbualan telefon atau ‘phone tapping‘ telah memburukkan lagi imej kerajaan PH dan Dr Mahathir.

Malah, ia juga membongkar kembali konspirasi menjatuhkan Najib Razak

Kita mungkin tidak berapa arif dengan klausa dan akta undang-undang yang tersabit dengan tindakan Latheeya Koya.

Di sini saya sertakan 3 pandangan peguam:

1. Lateefa Koya telah mendedahkan kepada awam secara salah akan butiran perkara dan bahan siasatan baru secara menyalahi prinsip kedaulatan undang-undang” – kata peguam Mohamad Hanif.

2. ” “General rule”, iaitu maklumat yang diberikan kepada pegawai SPRM adalah rahsia, terpakai, oleh itu pendedahan tersebut adalah pecah rahsia” – kata peguam Shamsher Singh

Beliau merujuk kepada Seksyen 65 dan Seksyen 68 Akta SPRM 2009. Anda boleh baca seterusnya:

3. “Mendedahkan rakaman itu sekarang dan membincangkannya di media hakikatnya adalah sub judice dan penghinaan” – kata peguam Mohd Shafee.

Peguam-peguam berpendapat ia sub judice, pecah rahsia dan menyalahi kedaulatan undang-undang.

Apapun, rakaman itu perlu disahkan ketulenannya dan mematuhi undang-undang dahulu seperti adakah wujudnya niat jahat atau mala fide ketika rakaman dibuat sebelum digunakan sebagai bukti mahkamah.

Konspirasi Jatuhkan Najib

Beberapa soalan juga timbul dan perlu dijawab:

1. Pihak yang bertanggungjawab ‘phone tapping’ seorang Perdana Menteri sekitar tahun 2015 dan 2016.

2. Apakah pintasan perbualan DS Najib Razak dibuat secara sah dari segi undang-undang atau tidak?

Kerana jika merujuk Seksyen 43 Akta SPRM, ianya mesti diluluskan terlebih dahulu oleh Pendakwa Raya.

Soalan yang penting:

Adakah mana-mana Pesuruhjaya (tahun 2015 dan 2016) telah diberi kuasa oleh Pendakwa Raya ketika itu (tahun 2015 dan 2016)?

Kita harap mantan Pesuruhjaya dan mantan Pendakwa Raya tampil ke hadapan untuk menjelaskan isu ini.

Ia kerana JIKA mereka nafi wujudnya pemberian kuasa itu, rakaman-rakan perbualan telefon itu telah melanggar undang-undang.

Manakala mereka yang terlibat merancang, merakam dan menyebarkannya patut dihukum.

Ada contoh keputusan Mahkamah yang memutuskan pendakwaan tidak boleh menerima rakaman perbualan telefon kerana tiada izin pintasan oleh Timbalan Pendakwa Raya.

Perkara di atas seperti jigzaw puzzle dan mengingatkan kita kembali kepada pertembungan awal di antara Najib Razak dan Mahathir serta peletakan jawatan beberapa pegawai tertinggi ketika itu.

Sebelum ini, Mukhriz Mahathir telah buat pengakuan pada Julai 2017.

“Saya bersetuju bahawa ayahanda saya telah berusaha untuk menjatuhkan Najib dan rancangan itu bukan bermula pada tahun 2015 TETAPI lebih awal lagi iaitu tahun 2014,” katanya dalam keterangan di Mahkamah Tinggi.

Kita ada 2 jigsaw puzzles

1. Tahun 2014 – Dr Mahathir sudah merancang untuk menjatuhkan Najib sejak tahun itu.

2. Tahun 2015 – 2016 – Pintasan rakaman telefon yang bermaksud untuk jatuhkan Najib.

Kebetulan?

But it’s mind boggling jika benar wujud kaitan di antara 2 jigsaw puzzles ini.

Sekarang kita mungkin dapat faham kewujudan pegawai-pegawai tertinggi dan tahap perancangan konspirasi untuk menjatuhkan Najib ketika itu. 

Liciknya game itu sehinggakan Najib sendiri terkejut dan tiada clue perbualannya dipintas dan dirakam walaupun beliau Perdana Menteri ketika itu. Bagaimanapun, konspirasi gagal and the rest is history.

Soalan seterusnya, 

1. Adakah isu rakaman perbualan telefon ini akan disenyapkan begitu sahaja oleh media-media kerana begitu banyak kritikan oleh rakyat dan jelas backlashed memalukan PH?

2. Apakah akan ada Pesuruhjaya yang baharu?

Next.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts