KALAH DI PRK KIMANIS, MAHATHIR MASIH “BERMAIN KATA-KATA”

610
SHARES
3.5k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Tun Mahathir kata Warisan/Pakatan Harapan kalah di Kimanis kerana rakyat belum rasa kebaikan pemerintahan PH.

Sebenarnya Warisan/PH kalah sebab rakyat sudah terlebih rasa dan semakin sengsara akibat keburukan pemerintahan PH.

Dulu PH kata “baru kahwin takkan dah nak dapat anak”.

Namun kini sudah hampir dua tahun sejak PRU-14, janji tidak ditunai malah keadaan menjadi semakin mudarat.

Bila sudah kalah beginipun Tun masih mahu bermain-main dengan kata-kata seolah memperlekehkan pilihan rakyat.

Jawatanpun mahu pegang sampai dua walaupun kederat dan ingatan sudah tidak seberapa.

Adakah Tun mahu berpegang kepada kuasa sehingga ke hujung nyawa walau apapun yang menimpa rakyat dan negara?

Kembalilah ke jalan Allah, Tun.

Kuasa, jawatan dan ego itu tidak boleh dibawa ke akhirat.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts