GESA PINDA AKTA HUKUM PEMANDU MABUK – DR. NOVANDRI

393
SHARES
2.3k
VIEWS

Oleh Dr. Novandri Hasan Basri

Tidak tahulah jika lelaki ini boleh terlepas daripada undang-undang atau tidak. Tetapi cara beliau bawa Ford Ranger, pacuan empat rodanya seperti orang hilang akal atau mabuk.

Ford Ranger tersebut masuk laluan bertentangan dan rempuh 2 motosikal sebelum terbabas dalam parit. Kejadian berlaku jam 7.20 pagi.

Muhammad Zulfakkar Borhan, 29 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian.

Muhammad Hazid Mohd Kamil dan Muhammad Anas Mokti, masing-masing berusia 27 tahun, cedera parah.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎ …….. لفَاتِحَة

Malangnya, undang-undang sedia ada seperti menghina dan menganggap nyawa mereka yang tidak bersalah ini lebih murah daripada sebatang rokok!!

Hukuman hisap rokok di premis makanan adalah denda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga 2 tahun.

SUDAH tiba masanya untuk kita rakyat dan semua netizen bangkit menekan kerajaan PH supaya lebih cepat meminda Akta Pengangkutan Jalan ini.

Media laporkan kes Ford Ranger ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kita bandingkan hukuman hisap rokok di premis makanan dengan orang yang tidak bersalah mati dirempuh oleh orang mabuk alkohol atau dadah.

Ada 2 akta iaitu Akta 41 (Menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan) dan Akta 44 (Memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah).

Menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan

41. (1) Apabila disabitkan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada 2 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan denda tidak kurang daripada 5 ribu ringgit dan tidak lebih daripada 20 ribu ringgit.

– Memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah

44. (1) Mana-mana orang yang, semasa memandu sesuatu kenderaan motor di jalan atau tempat awam lain—

(a) berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah, setakat yang menyebabkan tidak berdaya mengawal kenderaan itu dengan sepatutnya; atau

(b) mempunyai sebegitu banyak alkohol dalam badannya sehingga kadar alkohol di dalam nafas, darah atau air kencingnya melebihi had yang ditetapkan, dan menyebabkan kematian atau kecederaan kepada mana-mana orang melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan,

Hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada 3 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan didenda tidak kurang daripada 8 ribu ringgit dan tidak lebih daripada 20 ribu ringgit.

http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/LOM/MY/Akta%20333%20-%20Akta%20Pengangkutan%20Jalan%201987.pdf

Ironinya,

21 Mac 2019 – Anthony Loke Siew Fook Kementerian Pengangkutan dakwa akan teliti dan kaji cadangan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 sedia ada.

Sudah beberapa orang meninggal dunia serta cedera parah dan lebih 10 bulan berlalu, entah apa jadi cadangan itu! Kenapa lama sangat?

Atau Anthony Loke sudah ada butiran statistik kaum individu yang terlibat melakukan kesalahan dan kerana itu lambatkan cadangan untuk pinda Akta tersebut?

Sudah tiba masanya untuk kita rakyat dan semua netizen bangkit mimta kerajaan PH supaya lebih cepat meminda akta tersebut!

#SuaraRakyat

#PeoplePower

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts