KIT SIANG GERUN MENUNGGU 9 MAC 2020

576
SHARES
3.1k
VIEWS

Mohd Puad Zarkashi

16 Februari 2020

Cakap besar lagi Lim Kit Siang. 

Dalam blog terbarunya dia meyakini sidang Parlimen bermula 9 Mac ini adalah sidang melunaskan janji manifesto Kerajaan PH.

Menurutnya jangan terperangkap dengan usaha pembangkang melepaskan ‘terpedo’ terhadap Kerajaan PH melalui usul “undi percaya” terhadap Tun Mahathir di sidang kali ini.

Adakah pakej ransangan ekonomi yang akan diumumkan akhir Februari ini adalah pakej menunaikan janji 100 hari PH?

Adakah ia juga bertujuan untuk mengimbangi usul “undi percaya” PAS supaya kestabilan PH yang didominasi oleh DAP tidak runtuh? 

Lim Kit Malam mahu sidang Parlimen kali ini menjadi sejarah terhebat 22 bulan PH memerintah. 22 bulan bermakna hampir tujuh kali Parlimen bersidang. Baru sekarang mahu melunaskan janji?

Melunaskan janji atau mengubah janji? Seperti hapus tol kepada kurangkan kadar tol.

Pokoknya Lim Kit Malam dan DAP kecut-perut untuk menghadapi sidang Parlimen bulan Mac ini.

Takut 22 bulan berakhir dengan PH yang koyak-rabak.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts