RAKYAT SUDAH SEDAR DAN MUAK DENGAN ‘WAYANG’ PAKATAN HARAPAN

842
SHARES
2.3k
VIEWS

Oleh Dr. Novandri Hasan Basri

Kelakar pula apabila Malaysiakini sendiri berasa malu untuk menulis nama Lim Kit Siang (林吉祥). Portal itu hanya merujuk Shahredzan Johan sebagai Setiausaha Politik Ahli Parlimen Tanjung Puteri. Kenapa ya?

Rujuk:

https://www.malaysiakini.com/news/511086

Pegawai Kit Siang DAP berkata, ketika ini kerajaan PH tidak memiliki kelebihan dari segi penguasaan media sosial dan kalah kepada pembangkang.

Pembangkang mengambil kesempatan daripada kebebasan yang diberikan PH kepada rakyat untuk mereka menyebarkan propaganda.

“Kita sudah kehilangan kelebihan media sosial yang sebelum ini kita miliki,” kata Shahredzan, pegawai Kit Siang DAP itu.

Sebenarnya;

1. PH-DAP yang selama ini mengambil kesempatan daripada kebebasan yang diberikan kerajaan BN untuk mereka menyebarkan propaganda berulang-ulang, fitnah demi fitnah dan janji-janji palsu.

2. Sekarang terbukti bahwa kerajaan PH-DAP telah merosakkan ekonomi negara, aliran pelaburan asing keluar (Mei 2018 – 30 Dis 2019) ialah negatif RM25.8 bilion. Fitch turunkan unjuran Malaysia dari 4.5% ke 3.7%.

3. SST gagal menurunkan harga keperluan seperti yang dijanjikan oleh PH-DAP. Tol bukan dihapuskan tetapi dilanjutkan lagi dan perlu ditanggung oleh anak cucu kita.

4. “Akujanji batalkan projek LYNAS” yang ditandatangani oleh puak PH-DAP dan #StopLynas yang dijadikan umpan untuk menarik sokongan rakyat, kini terbukti hanya pembohongan PH-DAP.

Rujuk:

https://www.facebook.com/DrNovandriHasan/posts/884316755282530

5. Janji LGE untuk menaikkan BR1M ke RM2,000 hanyalah gula-gula pilihan raya sahaja.

6. Hutang negara bertambah begitu banyak dan seperti out of control. RM278.5 bilion dalam tempoh 21 bulan kerajaan PH-DAP. Rakyatpun tidak tahu ke mana perginya wang tersebut. Petronas dijarah RM104 bilion.

7. LGE dakwa pelaburan asing naik 250 peratus tetapi realitinya, ekonomi negara paling lembab sejak 10 tahun lepas. Media bisnes dan komuniti bisnespun mula hilang sabar dengan PH-DAP.

a. Dividen ASB, LTAT dan hibah TH paling rendah dalam sejarah.

b. Buat kali pertama dalam sejarah, Petronas diturun penarafan oleh Moodys.

c. Pasaran saham Malaysia paling rendah dalam dunia.

d. Pertumbuhan ekonomi Malaysia pula paling corot sejak 10 tahun lalu.

8. ‘Kewayangan’ ada tabiat menaikkan angka-angka secara sesuka hati dan kemudiannya turunkan angka-angka projek kononnya sebab ketulusan PH-DAP.

Banyak lagi ketidakmampuan, putar belit, u-turn dan pembohongan yang gagal dijawab oleh kabinet PH-DAP. Kita boleh rujuk FB DS Najib Razak.

Rakyatpun tahu bahwa permasalahan itu bukan propaganda atau berita palsu yang direka-reka oleh ‘laskar siber pembangkang’ seperti didakwa oleh pegawai Kit Siang DAP itu dan Zairil Khir Johari DAP, individu yang terpalit skandal panas dengan Dyana Sofya.

a. Kabinet PH-DAP sendiri terkapai-kapai tidak mampu hendak menjawab. Kita jangka jentera sosial media PH-DAP akan ada masalah besar untuk pertahankan polisi PH-DAP yang sudah menjadi kerajaan. Kerana selama ini tugasan mereka hanya perlu tabur fitnah, memburuk-burukkan kerajaan, character assassination individu dan sebar janji-janji palsu.

b. Jika dahulu bantah apa sahaja keputusan kerajaan, sekarang jentera sosial media PH-DAP perlu sokong keputusan kerajaan. Memang susah untuk pertahankan polisi kerajaan PH-DAP yang pada asasnya menang kerana menipu rakyat dan menabur janji-janji palsu.

Shahredzan, pegawai Kit Siang DAP itu juga mendakwa “pembangkang berjaya mewujudkan persepsi dalam kalangan orang Melayu bahwa DAP ialah sebuah parti dianggotai cauvinis Cina”.

Beliau sepatutnya menuding jari kepada Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin!

a. Sebelum ini, Muhyiddin berkata, parti DAP tanpa segan silu membuat kenyataan demi kenyataan menghina Islam dan orang Melayu.

b. Daripada soal kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP, kata Muhyiddin.

c. Tambah Muhyiddin lagi, parti DAP ini tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa sebagai parti demokratik pelbagai kaum, ironinya dari dahulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin oleh kelompok tertentu daripada satu kaum sahaja. Atau lebih tepat lagi, dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu sahaja, kata Muhyiddin.

Dan yang bangkit bersuara dalam sosial media sekarang bukan ‘laskar siber pembangkang’ tetapi rakyat genuine yang sudah muak dengan ‘wayang’ PH-DAP dan mereka yang sedar diri mereka ditipu dengan segala fitnah serta janji-janji palsu PH-DAP.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts