SIAPA MENTERI ‘ROTI JOHN’?

255
SHARES
822
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

18 Februari 2020

Tulisan Phillip Golingai dalam akhbar The Star (16 Februari) menyebut, ada seorang Menteri PH buat lawak ‘termega’ dalam satu mesyuarat mengenai ehwal keselamatan.

Salah seorang pegawai pangkat tinggi asing yang hadir itu bernama John. Lalu Menteri itu kata, di Malaysia ada “Roti John”. Kalau datang Malaysia dia akan masakkan roti john untuk pegawai tersebut.

Kalau ehwal keselamatan, biasanya dua kementerian utama yang terlibat iaitu KDN dan Pertahanan. Tapi tidak mungkin Tan Sri Muhyiddin Yassin pandai melawak tahap Maharaja Lawak.

Siapa Menteri itu? Setiausaha Akhbar Mohammad Sabu nafikan itu Menterinya. Kalau sebut nama, Mat Sabu akan saman.

Tetapi itu bukan isunya. Isunya ialah komen diplomat asing itu. Adakah Menteri di Malaysia ini tidak serius? 

Memang ini kualiti menteri-menteri kerajaan PH. Bab melawak memang hebat. Di saat genting kerana serangan coronavirus, menteri boleh melawak suruh jual aiskrim sahaja. 

Sebab itu menteri-menteri PH ini ada gelaran seperti Menteri Kewayangan, Menteri Kereta Terbang, Menteri Kasut Hitam, Menteri Minum Sawit, Menteri Tisu dan Lompat Pagar.

Tetapi apakan daya. Mereka jadi Menteri kerana kuota parti dan kedudukan mereka dalam parti. Perdana Menteri pula tidak ada kuasa membuat rombakan Kabinet tanpa kelulusan Majlis Presiden PH.

Maka kualiti Kabinet di Malaysia akan berkekalan begitu sampai PRU ke-15. Tidak serius dan tahap Maharaja Lawak.

Mereka tidak serius menunaikan janji ketika kehidupan rakyat semakin susah. Semoga ada formula kabinet Maharaja Lawak ini cepat tamat tempoh.

Dalam bahasa Kelantan, ‘pelawok’ ialah penipu. PH terus menipu rakyat untuk kekal berkuasa.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts