ISU COVID-19: MALAYSIA NEGARA TERAWAL LAKSANA PAKEJ RANGSANGAN?

132
SHARES
426
VIEWS

Oleh Nicole Wong

Semalam Menteri Kewangan aka Kewayangan Lim Guan Eng menegaskan Malaysia antara negara terawal yang melaksanakan pakej rangsangan ekonomi dalam usaha kerajaan mengurangkan impak ekonomi luaran berikutan penularan koronavirus (COVID-19).

Beliau sekaligus menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa negara ini ‘lambat’ selepas memaklumkan akan mengumumkan pakej tersebut pada 27 Februari ini, oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Hari ini, Singapura yang dikatakan lambat, sudahpun mengumumkan Pakej Penstabilan dan Bantuan bernilai SG$4 bilion (RM12 bilion) bagi membantu pekerja dan syarikat yang terjejas akibat wabak Covid-19 khususnya bagi sektor pelancongan dan pengangkutan yang dilihat terjejas teruk.

Berita Harian Singapura melaporkan, pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Heng Swee Keat dalam pembentangan Belanjawan 2020 hari ini.

Menurutnya, pakej berkenaan diwujudkan bagi menstabilkan ekonomi Singapura serta membantu pekerja dan syarikat ketika ini.

Persoalannya;

1) LGE kata Malaysia yang terawal….. tetapi Singapura pula sudah umum seminggu lebih awal daripada kita.

2) Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura yang buat pengumuman, mengapa Menteri Kewangan kita kena tunggu Tun Mahathir untuk buat pengumuman?

Salah BN, salah MCA…. Salah bossku lagi ke?

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts