TIDAK PERLU DEDAH, JIKA ADA KEJUTAN – ISHAM JALIL

462
SHARES
2.7k
VIEWS

Dalam posting terkini beliau di Facebook sebenar tadi, bekas pegawai khas Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Isham Jalil menyindir Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Tan Sri Rais Yatim.

Isham berkata, jika ada sebarang kejutan yang akan dilakukan, maka sebaiknya ia tidak perlu didedahkan kepada umum.

Malah tindakan tersebut boleh menyebabkan pihak yang ingin dikejutkan itu terlebih dahulu akan membuat persediaan.

Beliau turut menyindir Rais agar jangan terlalu ‘galak’.

Posting penuh beliau boleh dibaca seperti di bawah;

“Tadi Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Tan Sri Rais Yatim berkata, akan ada kejutan dibuat sebelum November ini dalam PH dan ‘pengawas-pengawas’ PH katanya tidak akan tahu apa yang memukul mereka, merujuk kepada gerakan Mahathir dalam isu peralihan kuasa Perdana Menteri.”

“Saya cuma ingin kata satu perkara kepada Tan Sri Rais: jika ada kejutan dirancang, kita tidak beritahu semua orang berkenaannya.” 

“Jika semua orang tahu akan ada kejutan, mereka akan bersedia dan tidak terkejut lagi bila ia berlaku maka tidak jadilah kejutan itu.” 

“Orang-orang Anwar menanti sahaja untuk anda beri sebab kepada mereka untuk memberontak.” 

“Lain kali simpanlah sikit kegalakan itu.” 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts