PEGUAM NEGARA AMBIL ALIH KUASA MAHKAMAH?

183
SHARES
536
VIEWS

UMMAH melihat tindakan Peguam Negara Tommy Thomas memberhentikan prosiding pendakwaan kepada 12 orang suspek yang terlibat dengan kumpulan kegananasan LTTE yang ditahan, kerana tiada prospek untuk dibicarakan dengan menggunakan kuasa budi bicaranya, merupakan suatu tindakan yang menempelak, menghina dan tidak menghormati siasatan dan bidang tugas pihak polis yang sentiasa mengawasi segala tindakan mana-mana pihak yang menyokong dan mengancam keganasan negara.

UMMAH percaya bahawa pihak polis telah mempuyai segala bahan bukti yang cukup dan kukuh apabila menahan dan menangkap suspek yang terlibat serta bersedia untuk membuktikan segala bukti di mahkamah.

Maka biarlah mahkamah yang menentukan keputusan kerana ini merupakan kes yang melibatkan kepentingan awam dan ancaman keselamatan kepada keamanan dan ketenteraman negara.

Jika Peguam Negara menggunakan kuasa budi bicaranya untuk meneruskan pendakwaan atau untuk menolaknya, ini akan membawa kepada kes yang terpilih dan melampaui kuasa mahkamah, yang menjejaskan integriti institusi Peguam Negara.

Sebagaimana yang telah berlaku kepada kes arwab Adib, yang ditolak pendakwaan dan siasatan pihak polis pada peringkat awal tangkapan sehingga kepada suspek yang melakukan pembunuhan dibebaskan. 

Peguam Negara sudah menjadi hakim yang melampaui kuasa mahkamah dan ini akan menjejas dan merosakkan segala bukti yang disimpan serta dibawa oleh pihak polis tanpa ia dapat dibuktikan di mahkamah.

Bayangkan apabila semua 34 bukti yang dikemukakan oleh siasatan pihak PDRM berkaitan kes ini hanya ditolak dengan “kuasa budi bicara” yang ada pada Peguam Negara dan ini sangat tidak adil serta memalukan pihak penyiasatan PDRM.

Sudah cukup alasan bahawa Tommy Thomas tidak layak lagi menjadi Peguam Negara.

Mohd. Zai Mustafa 

Pengerusi UMMAH

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts