UMMAH menyifatkan perkembangan politik terkini negara berada dalam keadaan suram dan semua pihak menanti dengan penuh debaran.
UMMAH juga menyarankan agar ketika ini semua pihak termasuk pemimpin-pemimpin NGO, dan parti politik agar bijak menggunakan kebijaksanaan masing-masing dengan mengutamakan agenda besar negara, menyelamat dan memberi kesejahteraan kepada rakyat dan negara.
Menurut Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa, apa yang berlaku hari ini merupakan suatu ujian besar kepada rakyat dan pemimpin utama negara.
Beliau menyarankan agar semoga rakyat sabar dan sentiasa berdoa agar negara akan terus aman dan dipelihara oleh Allah SWT daripada mara bahaya.