TUN MAHATHIR LETAK JAWATAN?

192
SHARES
517
VIEWS

Merujuk kepada berita yang berlegar di media sosial termasuk melalui WhatsApp, yang dipetik dari laman Twitter Malaysia Insight mengatakan Tun Mahathir Mohamad telah menyerahkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebenar tadi.

Pihak media masih menunggu kenyataan rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri mengenai pengesahan berita mengejutkan ini yang mempunyai kaitan dengan lima perjumpaan khas di ibu negara semalam.

Ini bermakna YDP Agong akan menanti calon pengganti Perdana yang boleh menunjukkan kepada Seri Paduka Baginda jumlah sokongan majoriti Ahli Parlimen yang mereka perolehi dan membentuk kerajaan.

Berita akan dikemas kini sepanjang masa. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts