PELETAKAN JAWATAN: TUN MAHATHIR CATAT REKOD JADI PERDANA MENTERI TIGA KALI?

433
SHARES
2.5k
VIEWS

Oleh Dr. Kamarul Yusoff

Bacaan saya ialah Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri bagi menunjukkan sikap kebertanggungjawaban beliau kepada parti-parti komponen Pakatan Harapan.

Dengan meletakkan jawatan maka Tun Dr Mahathir akan terlepas dari bebanan tuduhan bahawa beliaulah punca kepada runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan yang menaikkan beliau dahulu.

Sekarang terpulanglah kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk melantik seorang Perdana Menteri baru yang “pada hemat Baginda” mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Jika “pada hemat Yang di-Pertuan Agong” Tun Dr Mahathir masih mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat maka Tun Dr Mahathirlah yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri baru.

Satu lagi rekod menunggu untuk tercatat, iaitu Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sebanyak tiga kali, sekali gus melempar terus peluang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-8.

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3043462839031087&id=100001022016761

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts