TUN MAHATHIR PERDANA MENTERI SAH, BUKAN HANYA INTERIM?

306
SHARES
794
VIEWS

Oleh Zamzuri Mohamed Tahir

1 Rejab 1441H Selasa

Posting ini saya buat lebih awal dari kenyataan Peguam Negara, Tommy Thomas semalam.

2. Jika DITAFSIR dan DIKEMBANGKAN, ia bermaksud Tun Dr. Mahathir Mohamad bukanlah seorang Perdana Menteri Interim kerana ia tiada dinyatakan dalam Perlembagaan. Ia diakui oleh Peguam Negara dan Pakar Perlembagaan Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Mahmud.

3. Ini bermakna bahawa Mahathir adalah Perdana Menteri SAH, tiada tempoh masa 10 hari sebagaimana diulas oleh Tommy. Ini juga bermakna Mahathir boleh melantik Timbalan Perdana Menteri dan barisan kabinet baru menurut pilihannya dan mempersembahkan kepada DYMM SPB YDP Agong. Adalah tidak mustahil Mahathir melantik timbalan dan jemaah kabinet dari kalangan Muafakat Nasional, BN, PPBM, UMNO, PAS, GPS dan blok pembangkang. Juga tidak mustahil Mahathir melantik semula dari kalangan menteri Pakatan Harapan.

4. Ini juga bermakna Mahathir boleh menasihati DYMM SPB YDP Agong untuk membubarkan Parlimen, sekiranya beliau mahu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

5. Ini juga bermakna Mahathir boleh membawa usul undi percaya pada sidang Dewan 9 Mac 2020 ini untuk memilih diri sendiri sebagai PM8 atau Ahli Parlimen lain yang diprojekkan imejnya sebagai calon PM8 yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan.

Kesimpulannya, pisau dan mentimun di tangan Mahathir. Situasinya sama sebagaimana Mahathir baru memenangi pilihanraya umum ke-14. Inilah senjata sulit atau ‘taji’ Mahathir yang tidak diketahui ramai, sebagaimana yang dinyatakan oleh Tan Sri Dr. Rais Yatim sebelum ini.

Dan saya penuh yakin, Mahathir tidak akan membuat kesilapan pada kali ini, terutama kepada individu dan parti yang telah menyelamatkan beliau dari Pakatan DAP-PKR.

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3288972711120106&id=100000222294669

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts