ANWAR AKAN ‘CURI’ AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG UNTUK JADI PERDANA MENTERI

924
SHARES
1.8k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Pada hari ini, setelah mendapat tahu yang tidak ada sesiapapun yang mendapat sokongan majoriti daripada Ahli-ahli Parlimen untuk layak menjadi Perdana Menteri semalam, Anwar Ibrahim dan DAP cuba untuk ‘memujuk’ atau ‘mencuri’ Ahli-ahli Parlimen lain termasuk daripada pembangkang untuk menyokong mereka.

Ini supaya mereka mendapat lagi 20 orang Ahli Parlimen sebagai tambahan kepada 92 Ahli Parlimen yang mereka ada untuk mencapai majoriti tipis 112 sokongan Ahli Parlimen untuk melantik Anwar menjadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan.

Sekiranya mereka rasa mereka telah ada cukup sokongan, mereka sekali lagi akan meminta untuk mengadap SPB YDP Agong untuk mempersembahkan tahap sokongan mereka yang baru.

Jika Istana Negara setuju mengikut kehendak mereka ini, maka besar kemungkinan sekali lagi SPB YDP Agong perlu memanggil seorang demi seorang daripada 222 Ahli-ahli Parlimen untuk mengesahkan sokongan mereka.

Dan jika selepas itu ada pihak lain pula yang rasa mereka ada cukup sokongan kerana ‘diberitakan’ ada Ahli-ahli Parlimen yang telah bertukar fikiran sekali lagi, maka proses ini akan bermula semula dan berterusan serta tidak akan ada penghujungnya.

Ini tidak masuk akal.

Oleh yang demikian, untuk mengelakkan hal di atas, Anwar Ibrahim dan DAP perlu menerima kenyataan bahawa peluang yang diberikan oleh Istana Negara dan SPB YDP Agong semalam dan kelmarin untuk menyatakan sokongan Ahli-ahli Parlimen mereka adalah muktamad. 

Ini kerana institusi DYMM SPB YDP Agong adalah institusi tertinggi dalam negara yang perlu dihormati keluhuran dan kedaulatannya, bukannya ‘polling agent’ dan ‘counting agent’ atau pengira undi mereka yang bila-bila masa boleh menukar fikiran mengikut arah angin bertiup.

Sebab itu langkah yang terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik yang dimulakan dan disebabkan oleh PH ini adalah dengan membubarkan Parlimen dan mengembalikan keputusan dan mandat untuk membentuk kerajaan di tangan rakyat.

Hormatilah Institusi Diraja dan DYMM SPB YDP Agong.

Bubar.

27 Februari 2020

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/663667934388734/?d=n

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts