SIDANG MEDIA MAHATHIR SEMALAM SEBELUM MUHYIDDIN ANGKAT SUMPAH

458
SHARES
1.4k
VIEWS

1. Dr. Mahathir kata, Muhyiddin (TSMY) mahu jadi Perdana Menteri.

2. TSMY beritahu Pakatan Harapan kalah berturut-turut di Pilihan Raya Kecil kerana rakyat tolak DAP.

3. Kerana merasakan DAP control Kerajaan Persekutuan bukannya Perdana Menteri Tun Mahathir.

Mahathir kata ini tidak benar.

4. TSMY sudah tidak tahan dengan kerenah DAP dan mahukan BERSATU keluar dari Pakatan Harapan.

5. Mahathir kata sekiranya mahu tubuh kerajaan yang baru, dia tidak boleh bekerjasama dengan Najib dan parti UMNO secara ‘en bloc’.

6. Mahathir kata, TSMY boleh bekerjasama dengan UMNO secara  en bloc (keseluruhan UMNO).

7. Apabila TSMY bawa BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan, Mahathir kata, dia tiada pilihan dan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri serta Pengerusi BERSATU.

8. TSMY merasakan sudah tidak boleh bekerjasama dengan DAP.

9. Mahathir kata TSMY bukannya PM yang sah. Mahathir kata dia ada sokongan 114 MP.

10. Mahathir kata, ada 6 orang Ahli Parlimen BERSATU tidak sokong TSMY. Termasuk Mukhriz. Lagi 4 orang, Mahathir tidak ingat.

11. Mahathir kata, sekarang kita akan lihat parti yang kalah jadi pemerintah. Manakala parti yang menang menjadi pembangkang.

12. Mahathir kata, dia tidak dapat berhubung dengan Istana Negara dan YDPA untuk menyampaikan dokumen bahawa dia ada sokongan 114 MP.

13. Akhir sekali, Dr. Mahathir kata Azmin Ali ada agenda peribadi untuk diri sendiri.

Manakala, Muhyiddin adalah pengkhianat terhadap diri dia.

ULASAN:

14. Tidakkah Mahathir sedar bahawa dia sebenarnya pengkhianat kepada Bangsa Melayu dan agama Islam, dengan masih mahu menjalinkan kerjasama dengan pemimpin-pemimpin kanan DAP? 

15. Sehinggakan GPS Sarawakpun mengambil ketetapan tidak mahu berkerjasama dengan mana-mana gabungan Parti yang ada DAP di dalamnya.

16. Kenapa? Kerana GPS Sarawak amat tahu bahawa di Sarawak, yang menyebarkan politik kebencian, adalah parti DAP dan pemimpin-pemimpin DAP.

17. Sehinggakan negeri Sarawak yang aman damaipun, kini sudah jadi kacau bilau akibat strategi politik kebencian, yang digunakan oleh DAP.

18. Oleh yang demikian tidak hairanlah, pengundi di Tanjung Piai dan Kimanis menolak Pakatan Harapan secara besar-besaran.

19. Mahathir juga tidak sedar, pada hari Khamis ketika ditanya oleh wartawan, Mahathir kata dia tiada halangan sekiranya ada pihak mahu mencalonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

20. Kerana Muhyuddin boleh bekerjasama dengan UMNO secara keseluruhan @ en bloc.

21. Manakala, Mahathir kata dia tidak boleh bekerjasama dengan perasuah yang masih lagi menghadapi pertuduhan di mahkamah.

22. Sesungguhnya bukan sahaja Mahathir kini seorang yang pelupa. Dia tidak ingat apa yang dia kata 3 hari yang lalu.

Dia juga tidak sedar, DAP selama ini ‘KUDA’kan dia semata-mata untuk terus berkuasa di Putrajaya.

23. Anwar Ibrahimpun kena bohong dan checkmate oleh Mahathir mengenai isu peralihan kuasa.

Inikan pula, Mahathir mahu berterusan MEMBOHONGI RAKYAT SETIAP HARI.

Salam,

DSBA

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts