WEJANGAN BUAT PM-8: JANGAN ROBOH TIANG SERI RUMAH YANG BARU DINAIKKAN

310
SHARES
997
VIEWS

SURAT PEMBACA

Oleh M. Kamal Affandi
 
Tanggal 1 Mac 2020 melakar sejarah yang cukup mendalam dalam sejarah apabila TS Muhyiddin Yassin (TSMY), bekas Timbalan Perdana Menteri yang pernah digugurkan, dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8. Tun M dan kalangan lain dalam PH kata TSMY adalah pengkhianat.

PM-8 dengan tenang tetapi dalam nada tegas telah berkata dalam ucapan sulungnya kepada rakyat Malaysia: “Dengarlah baik-baik, saya bukanlah pengkhianat!”.

Sehubungan itu PM secara jujur menyatakan pada awalnya beliau tidak mengidamkan jawatan Perdana Menteri. Bagaimanapun, memerhatikan kemelut politik negara ketika itu, beliau telah berbincang dengan Tun M, disaksikan 4 orang tokoh parti. Kemunculannya sebagai calon PM ke-8 mendapat restu PM Interim ketika itu, disokong suara majoriti Ahli Parlimen.

PM-8 juga bertekad akan melantik anggota Jemaah Menterinya daripada kalangan; “…..individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber, insya-Allah” kerana “…rakyat mahukan sebuah kerajaan yang bersih, berintegriti dan bebas rasuah.” Oleh itu, seluruh rakyat terutama Ahli Parlimen dan pemain politik menantikan ucapan sulung TSMY dikotakan.

Berdebar semua menantikan pengumuman siapa akan menduduki jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri.

Sebagai warga yang menghormati Kedaulatan Undang-Undang dan prinsip Rule of Law yang kuat diwiridkan oleh Tun M dan Menteri PH sebelum ini, tiada siapa boleh menyanggah kebijaksanaan SPB YDP Agong melantik TSMY sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8. Mempersoalkannya bukan sahaja bersifat derhaka kepada Raja, tetapi juga menentang keputusan Ketua Negara malah bersifat unconstitutional.

Suara Ambiga dan Marina serta BERSIH 2.0 menuntut “kerajaan PH yang ‘sah’ dikembalikan” ataupun gesaan Tun M dan sebaris bekas Menteri PH yang berkata mempunyai jumlah suara majoriti Ahli Parlimen selepas perkenan Tuanku Agong, adalah disepakati ‘tidak valid’. Mereka sebenarnya tahu, semua itu hanyalah propaganda dan asakan bad losers dalam political game yang mereka sendiri mainkan lalu tersungkur di gelanggang sendiri!

Kuat kedengran suara supaya Sidang Parlimen dipercepatkan atau dimulakan selewat-lewatnya pada 9 Mac 2020 sebagaimana Jadual Asal. Bagaimanapun hak memulakan Sidang Parlimen terletak pada Perdana Menteri selaku “Ketua Majlis” Sekali lagi gesaan MP PH tidak berperlembagaan dan mereka juga sedar akan perkara itu tetapi bermain api membakar rakyat kononnya kerajaan TSMY bersifat “backdoor government”.

Tan Sri Speaker menyatakan bahawa… “Sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat saya mendapati ketetapan tarikh-tarikh mesyuarat ini adalah selaras dengan Peraturan 11(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.”  Jangan kita lupa – itu adalah keputusan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat lantikan kerajaan PH yang lalu yang tugas itu diteruskan olehnya dengan izin Perdana Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang baru. Itupun ramai yang kata Speaker berat sebelah. 

Kenapa Ahli Parlimen Malaysia membuang masa dan tidak bersikap profesional dan gentleman?   Terlalu kuat nafsu politik, bukan benar-benar mendahulukan kepentingan awam dan negara. Tamak haloba bercakaran membunuh karier politik parti lawan menjadi keutamaan mereka malah ada yang sanggup menikam belakang rakan sesama parti demi melonjak diri berebut pangkat dan darjat.

Kepada YAB Perdana Menteri: Jangan robohkan tiang seri rumah yang baru didirikan. Laksanakanlah kewajiban anda melantik barisan Jemaah Menteri yang terbaik, profesional, berkaliber, berintegriti dan bebas rasuah sebagaimana yang telah dijanjikan dan diharapkan oleh semua warga. Rakyat sedang memerhati anda.

Kepada parti-parti komponen Perikatan Nasional, sekutunya GPS, Warisan,  serta lainnya: Anda bebas berunding untuk mengemukakan pandangan parti masing-masing tetapi akurlah, atas prinsip Rule of Law, dengan keputusan muktamad di tangan Perdana Menteri. Sokonglah PM demi menyegerakan pembentukan Jemaah Menteri untuk memulakan tugas dan cabaran besar menggendong amanah dan mandat kepemimpinan kepada rakyat jelata.

Kepada Pembangkang daripada Parti PH: Sudah-sudahlah itu dan hormatilah Rule of Law yang anda sendiri kuat lestarikan sepanjang 22 bulan memerintah negara. Anda gagal, antara lainnya kerana gagal mengotakan manifesto pilihan raya yang anda sendiri janjikan dan dipercayai rakyat.  Ingat, anda disungkurkan oleh Ketua Parti anda sendiri – PM ke-7, bukan oleh sesiapa.

Kepada penjawat awam: Sekalung tahniah kepada anda selaku “the real unsung heroes” yang berjaya bertenang bertindak secara jujur dan profesional  bermula dari 9 Mei 2018 di bawah Kerajaan PH dan kekal berperanan semasa tempoh interim sehinggalah PM ke-8 dimasyhurkan di Istana Negara pada 1 Mac 2020.

Kepada orang awam dan rakyat jelata: Anda semua berkewajiban menyokong “Perdana Menteri anda.” TS Muhyiddin Yassin bukanlah  hanya PM untuk Perikatan Nasional atau parti tertentu tetapi beliau adalah amanah (bukannya ‘Parti Amanah’) dan harapan (bukan ‘Pakatan Harapan’) seluruh warganegara Malaysia tercinta ini.

Kepada ‘kaki ampu’ dan ‘si batu api’: Sudah-sudahlah, bertaubat ke pangkal jalan. Kata orang tua-tua: Biduk berlalu, kiambang bertaut. Jika anda orang Islam: Ingat, umur sebenar kita tidak diukur dengan masa tetapi dengan amal baik pada penilaian Pencipta.

Dan falsafah universal ini juga dipercayai oleh agama lain yang juga menobatkan prinsip kasih sayang, perasaan hidup bermsyarakat secara rukun aman dan damai disamping mendukung prinsip keadilan dan co-existence yang sejagat.

Bagaimana pula dengan Parti DAP yang diasaskan pertama kalinya di Singapura itu? (AIDC, [2017], DAP – Bahaya kepada Melayu-Islam di Malaysia). Benarkah DAP berbahaya?

Ada juga yang berpendapat bahawa “parti DAPlah master puppeteer” di belakang segala kemelut dan fiasco politik semasa, sejak bertahun-tahun lamanya mengidam untuk menguasai senario pentas politik negara.

Barangkali atas sebab itulah UMNO dan PAS memberikan kata dua kepada Tun M, Anwar Ibrahim mahupun Muhyiddin Yassin seminggu yang lalu: Boleh bersama kami tetapi tanpa DAP dalam keadaan apa sekalipun!”

Last but not least, kepada pemimpin dan pendukung parti DAP yang bercita-cita  menegakkan “Malaysian Malaysia”: Anda tewas ditolak bukan sahaja oleh suara majoriti Ahli Parlimen, anda tidak juga diterima blok parti yang dianggotai DAP oleh Ketua Negara ketika membuat keputusan muktamad.

Jauh lebih manis daripada itu semua, suara pengundi terbanyak berjumlah 6,121,983 menolak anda pada 1 Mac 2020 (dalam PRU-14, PH memperolehi 5,518,638 undi popular diikuti BN sebanyak 4,080,797 dan PAS-Gagasan Sejahtera sebanyak 2,041,186 [digabungkan menjadi 6,121,983 pengundi!]).

Masih tidak sedarkan diri? Pesan kita: Always follow the Rule of Law!

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts