GPMS MENYAMBUT BAIK PELANTIKAN KABINET BAHARU

139
SHARES
448
VIEWS

KENYATAAN MEDIA GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) 

9 MAC 2020

1. GPMS menyambut baik pelantikan barisan Kabinet yang baru dilantik dan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.

2. Sesungguhnya, barisan kabinet ini dilihat mampu menjadi sebuah kabinet yang berfungsi  berteraskan prinsip amanah, jujur dan berintegriti.

3. Dalam pada masa yang sama, GPMS juga percaya bahawa YAB Perdana Menteri telah memberi pertimbangan yang selayaknya untuk memilih Ahli Parlimen yang jujur dan mampu membantu rakyat Malaysia tanpa mengira kaum sebagai ahli kabinet yang baharu.

4. Sebagai sebuah NGO Pendidikan yang bernaung dibawah Kementerian Belia dan Sukan, GPMS juga ingin mengucapkan Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican dan Tuan Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal yang akan dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baharu.

4. Tindakan YAB Perdana Menteri untuk memisahkan portfolio Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi juga disambut baik oleh GPMS. Tindakan ini mampu untuk memberi tumpuan penuh dalam pelbagai isu pendidikan dalam negara kita.

5. Akhir kata, syabas dan tahniah kepada semua barisan Kabinet yang baru dilantik. GPMS akan sentiasa menyokong dan mendokong aspirasi kerajaan semasa (government of the day) dalam usaha untuk terus membantu pelajar, masyarakat dan pembanggunan negara.

Sekian.

Salam hormat. 

MOHD ALIF ANAS BIN HJ MD NOOR

Presiden GPMS

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts