Dua jam tadi bekas Perdana Menteri ke-7 Dr. Mahathir berkata bahawa dia:
“..lihat keadaan di Malaysia dan nampak orang di Malaysia ini tidak begitu serius berkenaan dengan menangani Corona virus (COVID-19) ini..”.
Dua bulan lepas ketika dia menjadi Perdana Menteri dan apabila Corona virus ini mula menular dan pencegahan awal boleh dilakukan, apabila ditanya berkenaan sekatan dan kuarantin ke atas pelawat-pelawat dari China, Perdana Menteri Mahathir ketika itu berkata dengan berseloroh:
“Kita nak simpan (kuarantin pelancong China) di mana? Nak bubuh dalam kandang lembu? (diikuti dengan gelak ketawa hahaha di latar belakang)”.
Dan apabila wartawan bertanya dengan serius adakah kita akan menyekat barang-barang yang diimport dari Wuhan (untuk mengekang penularan virus), Mahathir berkata dengan berjenaka:
“(Buat apa nak sekat?), barang-barang itu bukannya demam (gelak ketawa hahaha di latar belakang).”
Kini bila dia tidak lagi jadi Perdana Menteri, dia kata orang lain tidak serius dalam menangani COVID-19 dan dia ingin jadi Perdana Menteri ke-9 pula.
Nasihat saya, cukup-cukuplah Tun. Move on-lah.
Malaysiapun perlu move on dari Mahathir.
https://www.facebook.com/220524935369705/posts/676119276476933/?d=n