GUAN ENG CONFUSE, KPN CONFUSE, RAKYAT PANIK

129
SHARES
417
VIEWS

Oleh Mohd. Puad Zarkashi

18 Mac 2020

Mujur Guan Eng bukan lagi Menteri Kewangan. Dia confuse mengenai perintah kawalan pergerakan khususnya untuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

Confuse original atau sengaja mencari isu? Untung rugi peniaga menjadi keutamaan beliau.

Nampak macam dia tidak baca Q & A Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Lagipun kerajaan Singapura telah mengumumkan supaya majikan di Singapura menyediakan tempat tinggal sementara untuk pekerja dari Malaysia.

Tetapi Ketua Polis Negara lagi confuse. Semalam buat peraturan di mana wajib dapat kebenaran polis untuk sebarang perjalanan antara negeri.

Rakyat yang confuse jadi panik. Balai Polis diserbu. Akhirnya KPN pula yang panik dan terus buat u-Turn.

Akibatnya ramai pelajar IPT khususnya dari Sabah dan Sarawak turut panik. Mereka terpaksa membeli tiket penerbangan dengan harga yang mahal.

Sebab itu MKN sahaja agensi yang patut menjadi rujukan utama kepada semua arahan dan kekeliruan mengenai “Perintah Kawalan Pergerakan”.

Maklumat mesti cepat dan tafsiran mesti tepat.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts