KENAPA KKM TIDAK MENYEMAK JUMLAH SEBENAR KEHADIRAN PESERTA IJTIMA’?

377
SHARES
2.2k
VIEWS

Menurut laporan media yang disiarkan malam semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri membuat kenyataan bahawa pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mula memburu 3,800 baki jemaah tabligh yang menjadi peserta Ijtima’ Tabligh pada 28 Februari sehingga 2 Mac lepas.

Rujuk berita “COVID-19: 3,800 JEMAAH TABLIGH DIBURU” di pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/668468/amp

Manakala jika dirujuk laporan akhbar sebelum ini, pihak Kementerian Kesihatan menyatakan jumlah peserta adalah seramai 16,000 orang.

Rujuk;

https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/556142/amp

Pihak pentadbiran Masjid Sri Petaling pula telah mengeluarkan surat rasmi jumlah peserta ijtima’ tersebut iaitu 12,500 peserta, kurang 3,500 daripada jumlah 16,000 yang mula dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Rujuk berita “JUMLAH KEHADIRAN RASMI IJTIMA’ TABLIGH DI MASJID Sri PETALING (28 FEB – 2 MAC)” di pautan;

https://editormalaysia.com/14119/

Justeru, jika mengikut perbezaan bilangan tersebut, jumlah yang kononnya ‘diburu’ ini sebenarnya sudahpun mencukupi dan mencapai matlamat 12,500 peserta dan tiada sesiapapun yang patut ‘diburu’.

Timbul juga persoalan, kenapa sehingga kini, pihak KKM dan lain-lain pihak berkaitan masih tidak berjumpa dengan pihak Sri Petaling bagi mengira kembali jumlah peserta yang sebenarnya?

Jika benar jumlahnya 16,000 peserta seperti yang dinyatakan KKM maka apa salahnya jumlah tersebut disemak dengan pihak Sri Petaling agar semua pihak mendapat keadilan dan pencerahan.

Jangan biarkan rakyat hidup dalam prasangka ketika satu negara wajib bersatu padu menangani pandemik Covid-19 ini. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts