SEMUA KLUSTER BERASAL DARI WUHAN, TERMASUK ‘KLUSTER TABLIGH’

281
SHARES
902
VIEWS

“Sekarang ini kluster yang kita tengah mengesan mungkin kluster yg kita rasa baru tetapi jika kita kaji ada kaitan.” 

Contohnya jika dia hadir majlis perkahwinan, dan ada kehadiran jemaah tabligh di situ, ataupun dia pergi ke surau atau masjid, ada kehadiran tabligh kat situ.” 

So, indirectly ada kaitan so kita susah nak establish link dan direct link, sebab macam saya katakan, mungkin kita tidak kenal dengan siapa kita datang di majlis perkahwinan ataupun ke surau dan masjid.”

Kenyataan media di atas yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr. Noor Hisham sebelum ini dilihat kurang cerdik kerana apapun kluster baru atau lama di negara ini belum tentu ia mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Contohnya satu kes kematian yang melibatkan seorang doktor yang baru pulang dari Turki, ia tidak mempunyai kaitan langsung atau tidak langsung dengan kluster tabligh dan KKM mungkin boleh mengkelaskannya sebagai ‘kluster Turki’.

Tetapi apa yang pasti semua kes di dunia ini tidak kira apapun nama kluster yang diberikan, ia pasti ada kaitan dengan punca utamanya iaitu Wuhan, di mana wabak pandemik ini bermula.

Segala punca asal pandemik ini boleh diletak di bawah satu kluster besar dinamakan ‘kluster Wuhan’ dan inilah “The root of Covid-19“. 

Namun kluster tabligh belum tentu mempunyai kaitan dengan kluster baru lain, jika hanya atas sangkaan bertemu ‘orang tabligh’ di masjid, surau atau kenduri, ini sangat tidak wajar dan mengundang persepsi negatif kepada jemaah tabligh.

Selain itu jika Noor Hisham menetapkan cara perkaitan sebegini, lebih adil jika beliau berkata;

“Walaupun tabligh ialah kluster baru tetapi jika kita kaji ia ada kaitan dengan kluster Wuhan.

Ini bukan sahaja adil untuk jemaah tabligh malah mengurangkan panik dalam kalangan masyarakat awam.

Masyarakat sudah sedia panik dengan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan maka jangan ditambah kerisauan mereka.

Pengamal perubatan bukan sahaja diajar dan belajar untuk untuk mengubati penyakit tetapi juga perlu pandai mengawal keadaan. 

Namun jika KKM masih  ingin mencari salah dan bukannya menyelesaikan masalah, maka Noor Hisham yang patut disalahkan.

Beliau patut disalahkan kerana gagal memberi nasihat kepada kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah ketika itu mengenai betapa bahayanya ‘kluster Wuhan’ sehingga Menteri Kesihatan, Menteri Pelancongan malah Perdana Menteri sendiri memandang ringan dan mempersenda wabak tersebut. 

Walaupun kerajaan telah bertukar, tetapi Ketua Pengarah KKM tetap orang yang sama.

Justeru, Noor Hisham wajar muhasabah dan mengeluarkan kenyataan yang lebih adil dan cerdik selepas ini, demi kesejahteraan rakyat dan negara. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts