WIRA SEBENAR NEGARA DAN KEMANUSIAAN

244
SHARES
505
VIEWS

Sejak pandemik COVID-19 menjadi lebih ganas pada awal Mac lalu sehinggalah kerajaan terpaksa mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac sehingga 31 Mac ini bagi membendung penularan wabak, pasukan barisan hadapan yang terdiri daripada pekerja-pekerja sektor kesihatan telah bertungkus-lumus dan membahayakan diri bagi menjalankan tugas mereka. Sikap begini, seharusnya dipuji dan dihargai, bukanlah disindir diperli oleh masyarakat awam.

2. Justsru itu, walau apapun yang golongan Melayu barua atau dari kelompok kiasu cauvanis rasis dengan beberapa posting yang sengaja memerli dan menyindir tugas mereka, namun mereka inilah yang berada di barisan paling hadapan yang berdepan dengan pesakit yang terkena wabak maut COVID-19.

3. Tanpa mengira bangsa dan agama, wira-wira ini berani tampil memberi khidmat, sedikitpun mereka tidak gentar dengan ancaman maut yang bakal mereka hadapi semasa melaksanakan tugas membantu mangsa-mangsa COVID-19 ini.

4. Sesiapa yang mendabik dada berasa diri bagai jaguh, kita berharap mereka daftar diri jika sungguh berani mahu mengambil alih tugas mereka.

5. Jangan hanya bagi komen dan melontar pandangan di hadapan komputer dengan berniat jahat sengaja melakukan provokasi menyakitkan hati, menghina dan menyindir petugas-petugas yang ikhlas melaksanakan tugas mereka dengan tekun.

6. Setuju atau tidak, sama ada dikenang atau tidak, merekalah WIRA sebenar yang layak mendapat PINGAT JASA KEBAKTIAN DAN KEMANUSIAAN. Bukan ahli politik atau selebriti oportunis yang hanya tahu mengambil kesempatan mempopularkan diri demi sesuap nasi.

7. Buruk sungguh perangai oportunis dangkal dan kemaruk populariti. Jangan cari populariti melalui kesengsaraan orang lain dan berlagak bagus dari jarak berbatu. Itu semua kerja mereka yang tidak tahu malu dan menganggap diri terlebih baik berbanding orang lain.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts