REALITI POLITIK NEGARA: JIKA PAKATAN HARAPAN MASIH MEMERINTAH NEGARA INI

1.2k
SHARES
3.8k
VIEWS

Kalau dahulu, Kerajaan Pakatan Harapan memerintah negara ini, Menteri Kewangan Guan Eng potong bantuan kewangan Pak Mat, Pak Su, Pak Ali, Kak Timah dan Pak Long.

Penternak, nelayan, petani dan pekebun kecil.

Guan Eng ‘pukul gendang’ kononnya negara kehabisan duit akibat kerakusan kerajaan BN Najib Razak.

Guan Eng bohong rakyat kononnya negara sudah hendak bankrap.

Guan Eng bohong duit tidak ada, tetapi bantuan kepada Sekolah-Sekolah Cina tetap diberi dengan jumlah puluhan juta ringgit.

Guan Eng teruskan sendiwara bahawa Barisan Nasional pelingkup negara, agar rakyat terus-menerus membenci BN selepas PRU ke-14.

Yang hairannya, rakyat tertanya-tanya, kenapa selama 22 bulan Pakatan Harapan memerintah, rakyat semakin susah.

Rakyat semakin tidak ada duit. Perniagaan kecil, besar dan sederhana, semakin teruk. Ekonomi semakin merundum.

Hari ini, baru rakyat sedar, Pakatan Harapan bukan sahaja kuat berbohong tetapi juga tidak pandai mentadbir negara ini.

Jual aset pandai. Cari sumber kewangan tidak pandai.

Tiba-tiba Covid-19 melanda negara, PM TS Muhyuddin Yassin, berjaya mengumumkan rangsangan ekonomi untuk rakyat dan negara berjumlah RM250 billion ringgit.

Dengan dibantu Menteri Kewangan dan Jemaah Menteri Kabinet yang baru, sejumlah wang dana yang besar dapat dicari untuk rakyat.

Tiba-tiba ada bantuan yang besar untuk ‘Makcik Kiah’, si penggoreng pisang di tepi flat di PPR Desa Tun Razak, Kuala Lumpur.

Alangkah indahnya kelihatan seorang Perdana Menteri membantu keseluruhan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Seorang Perdana Menteri yang sentiasa berdoa untuk kesejahteraan negaranya.

Seorang Perdana Menteri yang sebak dan sedih melihat nasib rakyat yang dilanda musibah.

Sesungguhnya ketika TS Muhyiddin Yassin dibuang dari menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2015, 5 tahun yang lalu.

Kembali menjadi Perdana Menteri pada tahun 2020.

5 tahun memberi beliau satu pengajaran yang amat besar, iaitu rakyat perlu diutamakan.

Rakyat perlu dibantu di dalam kesusahan.

Rakyat tidak perlu dipanggil malas kerana rakyat bukan pemalas.

Rakyat benar-benar susah.

Sesungguhnya Firman Allah swt amat benar,

Di dalam Surah Yasin,
Ayat ke 82;

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ –

Dari Tafsir Ibnu Katsir: “Yakni sesungguhnya Allah memerintahkan kepada sesuatu hanya dengan satu perintah, tidak perlu diulang atau ditegaskan.” (Tafsir Ibnu Katsir )

Maka, sesungguhnya sekiranya Allah SWT mahu mengangkat seseorang itu menjadi Khalifah @ Perdana Menteri.

Maka, terjadilah sesuatu itu.

PERDANA MENTERI YANG MENYELAMATKAN RAKYAT DAN UMMAH:

Sekiranya, Allah SWT mahu menghantar seorang pemimpin untuk menyelamatkan kita semua.

Maka, akan terjadilah perkara tersebut.

Sekiranya Allah SWT mahukan Muhyuddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8,

Maka, terjadilah perkara tersebut.

Alhamdullillah, rakyat dapat seorang Perdana Menteri yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan kita semua.
Insya Allah.

Amin.

Salam.

DSBA 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts