BENARKAH DAP JUNJUNG PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN YANG TERKANDUNG PERKARA 3, 152 DAN 153?

618
SHARES
1.6k
VIEWS

Paparan muka depan akhbar rasmi DAP keluaran Mac/April 2019 dahulu ternyata menimbulkan berbagai persoalan jika dilihat hakikat sebenar yang telah berlaku terutamanya dalam agenda “Terma Ketuanan Melayu” oleh DAP ketika bersama dengan kerajaan gagal Pakatan Harapan.

2. Agenda Malaysian Malaysia secara halus memanipulasi fakta sebenar Hak Keistimewaan Orang Melayu dengan membangkitkan perasaan tidak puas hati dari kalangan kaum bukan Melayu supaya mendesak kerajaan agar terma yang telah diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan itu dipinda atau kalau boleh dimansuhkan terus.

3. Agenda ini yang telah dilaksanakan dalam bentuk iklan pada siaran TV utama negara semasa era PH mentadbir negara dengan ungkapan “Kami bangsa Malaysia” dan disusuli tayangan golongan remaja menyebut: “Saya orang Cina tetapi bangsa Malaysia” atau “Saya orang Melayu tetapi bangsa Malaysia” atau “Saya orang India tetapi bangsa Malaysia” dan seterusnya pada semua kaum.

4. Ini menunjukkan betapa bersungguhnya mereka mahu mengangkat agenda kesamarataan seperti yang terdapat pada Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan iaitu, 1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

5. Agenda Malaysian Malaysia oleh DAP ini juga berusaha menggambarkan kononnya konsep Ketuanan Melayu sebagai tidak adil kerana terdapat banyak unsur-unsur rasis dan jelas akan menganaktirikan bangsa lain dari kalangan bukan Melayu, khususnya terhadap bangsa Cina dan India.

6. Ternyata paparan muka depan akhbar DAP itu penuh dengan muslihat, ia tidak seperti apa yang kelihatan. Sebaliknya penuh niat jahat dan ini dapat dibuktikan melalui koleksi ucapan pemimpin-pemimpin mereka yang sering kali mempertikaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan Ketuanan orang Melayu, fakta ini boleh dibuktikan seperti pertikaian mereka pada perkara-perkara berikut:

A. Perkara 89
Berkenaan rizab tanah Melayu, mereka mempertikaikan hak ini hanya khusus untuk orang Melayu, dengan tidak mempedulikan bangsa lain dan ini dikatakan rasis.

B. Perkara 90
Berkenaan dengan hak tanah adat negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu, ia juga khusus untuk orang Melayu sahaja dan ini juga dikatakan rasis.

C. Perkara 152
Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan, dan mereka menolak istilah Melayu, mereka mahu supaya ditukar kepada bahasa Malaysia.

D. Bahasa Malaysia tidak diwartakan di dalam Perlembagaan secara langsung tetapi diwartakan di bawah Akta Bahasa, dan ini membuka ruang atas tuntutan mereka,

E. Perkara 153
1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

7. DAP jelas tidak bersetuju dalam banyak bahagian pada Perkara 153 dan ini dibuktikan apabila ramai kaum Cina di negeri Perak menuntut hak milik tanah sehingga 999 tahun. DAP sengaja memperbesarkan isu ini di kalangan mereka dengan percubaan menggambarkan bahawa bangsa Melayu ini berlagak tuan kepada bangsa lain yang bukan Melayu.

8. Sebenarnya tindakan agresif DAP dalam hal ini telah memakan diri DAP sendiri. Ini kerana propaganda itu bagaikan memberi peluru kepada bangsa Melayu untuk mengingatkan kepada kaum pendatang ini bahawa Tanah Melayu ini sememangnya adalah milik mutlak orang Melayu. Ini kerana secara realitinya, perundangan dalam Perlembagaan berkenaan dengan kepentingan Melayu adalah berdasarkan kepada KEDAULATAN BANGSA MELAYU.

9. Tetapi ia dialih maksud kepada Ketuanan Melayu untuk menampakkan unsur-unsur diskriminasi orang Melayu terhadap bangsa lain yang bukan Melayu. Mereka cuba mengelirukan orang ramai dengan propaganda jahat isu Ketuanan Melayu dalam agenda Malaysian Malaysia manakala perjuangan selainnya merupakan diskriminasi kaum.

10. Maka rakyat terutamanya orang Melayu harus sedar betapa DAP ini sentiasa mahu mempersalahkan dan mempersoalkan segala yang berkaitan dengan isu Ketuanan Melayu kerana bagi mereka, tidak wujud soal Ketuanan Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia.

11. MUAFAKAT membantah keras propaganda dalam media bertujuan mengelirukan orang ramai sebagaimana yang telah berlaku dengan Manifesto PH pada PRU-14 yang semuanya adalah pembohongan belaka.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts