Oleh Dr. Mohd. Afiq
Kluster baru yang menjengkelkan…
Dahulu setiap hari satu bas turun daripada tabligh dan madrasah. Mereka ini semua sangat mudah memberikan kerjasama. Seronok terasa merawat mereka ini walaupun berpeluh-peluh dek PPE. Rasa macam rawat kawan-kawan kita yang sangat mesra dengan kita.
Sentiasa dengar azan berkumandang dalam wad. Bacaan Al-Quran hampir setiap masa. Wad kusta lama yang penuh dengan cerita hantupun rasanya hantu-hantu lari bertempiaran kerana pendinding semula jadi dek kerana akhlak dan zikir mereka. Hampir keseluruhannya sangat merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yang terbaik. Tidak pernah merungut..
Itulah Kluster TABLIGH..
Walaupun mungkin saya tidak berapa setuju mereka dicop sebagai kluster tabligh dek kerana satu dua peserta yang pentingkan diri sendiri menyebabkan yang lain menjadi mangsa.. Tetapi disebabkan zikir yang disebut semua maka nak buat macam mana.
Kini datang satu kluster baru. Mereka panggil kluster TURKEY/OVERSEA. Saya panggil kluster JENGKEL. Bas kini datang daripada KLIA dan hotel-hotel. Diorang ini ‘acah-acah’ jadi mangsa penyakit Covid-19. Padahal masa diorang pergi melancong, diorang tanpa segan silu papar gambar mereka melancong malah ada yang siap perli kata corona tiada kat tempat sejuk dan sebagainya. Kadang-kadang terasa macam kita ini lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat Covid-19 itu…
Maaf cakap, kluster ini lebih banyak ‘demand’. Bila hendak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan, mereka ini demand tidak mahu pergi sebab panaslah, tidak selesa dan macam-macam lagi. Itu tidak termasuk yang persoal kenapa hendak ambil darahlah, kenapa tidak ambik swab awallah dan bila kita masuk untuk periksa, masing-masing sibuk dengan gajet. Kita ini macam endah tidak endah sahaja..
Bukan semua yang macam itu especially yang berada di luar negara atas urusan yang tidak dapat dielakkan seperti belajar. Tetapi so far yang dapat sebab pergi melancong ini memang sangat menjengkelkan..
Saya faham. Mereka ni kebanyakan orang berada, ada ‘kabel besar’ dan tidak puas hati sedikit terus bawak ke atasan, dikuarantinpun di hotel-hotel.
Nak buat macam mana.. kena hadap jugaklah untuk beberapa bulan yang mendatang. Kita ini pekerja kesihatan berapa ramai yang sudah tidak dapat jumpa mak ayah sebab kerja kita berisiko. Mereka ini pula datang dan tambah masa kita berjauhan. selamatlah bekerja semua.
Rindu geng tabligh.
Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157397082987987&id=730372986