Oleh Anuar Shaari
1. PKR memang parti yang bergerak secara songsang. Di sebalik seruan pelbagai pihak agar dunia dan Malaysia khususnya, bersatu memerangi pandemik Covid-19, PKR berkempen membuat video pendek ‘mencari’ salah kerajaan. Ini seperti laporan portal FMT
Rujuk:
Biarpun ada penafian dari PKR, penafian ini hanyalah tindakan “damage control” dari pimpinan PKR. Tiada tindakan keras seperti saman fitnah terhadap FMT kerana menyebarkan berita palsu.
Kegilaan apakah ini? Apakah mereka yang menganjurkan kempen ini sudah hilang nilai kemanusiaan dan sentiasa mahu berpolitik walaupun di saat kritikal begini?
2. Seantero dunia berhempas pulas memerah otak dan keringat mencari jalan mengekang wabak yang telah membunuh ratusan ribu manusia di seluruh dunia. Di Malaysia, angka kematian telah mencapai 70 orang dan lebih 40 orang pesakit yang kritikal (setakat 10 April 2020).
Kerajaan melalui para petugas agensi kesihatan dan keselamatan sedang berbuat ‘sehabis baik’ demi melindungi semua rakyat Malaysia dari dijangkiti wabak yang masih belum ada penawarnya hingga kini.
3. Manakala PKR pula tergamak mengeluarkan arahan membuat pertandingan video pendek ‘kesalahan-kesalahan’ kerajaan. Elemen mempertahankan Presiden PKR juga adalah sebahagian isi video tersebut. Sebagai insentif, yang menghasilkan video terbaik ditawarkan ganjaran. Sekali lagi, apakah mereka ini sudah gila dan mahu berpolitik sebilang masa?
Strategi serampang dua mata. Kecam kerajaan dan sokong presiden mereka. Nampak sangat politiknya. Tidak salah mahu menyokong presiden mereka sepenuh hati, namun tak perlulah membabi-buta.
4. PKR dan pembangkang yang lain nampaknya bimbang kehadiran mereka tidak dirasai langsung ketika ini. Kerana itulah, para pemimpin mereka tidak habis-habis bercakap mahukan Sidang Parlimen bagi meluluskan bajet pakej bantuan Covid-19. Mereka juga sibuk membela pesalah-pesalah yang engkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Untuk apa mereka terus terpekik dan terlolong jika bukan untuk kepentingan politik mereka? Mereka langsung tidak mempedulikan hal-hal yang boleh membendung wabak ini dari merebak sekaligus mengambil nyawa orang awam di Malaysia. Sebagai ahli politik, sepatutnya mereka menenangkan dan menganjurkan penyokong agar berbuat baik kepada semua.
Bukannya terus menyemarakkan api kebencian terhadap kerajaan dan mencari kesalahan mereka.
5. Para petugas dari kalangan menteri, pegawai kerajaan, petugas kesihatan dan keselamatan tidaklah sempurna. Namun mereka sedang berbuat yang terbaik demi mengawal wabak ini. Jika adapun sedikit kekhilafan, saya percaya ia boleh ditegur secara berhemah.
Dalam situasi begini, perasaan insaf dan rendah diri tentunya akan membuat para petugas mendengar segala kekurangan dan berusaha untuk membetulkan tindakan mereka. Membuat video pendek tentang kesalahan para petugas kerajaan dan menularkannya, hanya menyemarakkan rasa benci dan perasaan negatif di kalangan kita.
6. Benarlah telahan umum yang mengatakan PKR ini sebagai parti kian rosak. Rosak kerana suka mengamalkan gaya songsang.
Di saat seruan agar kita membudayakan gaya politik baru (ketepikan fahaman politik, bersatu perangi Covid-19), mereka tetap mahu gaya songsang (mungkin fitrah mereka) yang “semua mesti dipolitikkan” dan “bangkang walaupun benda baik”.
Sebelum inipun dah banyak cara songsang yang kita dengar dari parti ini. Pertandingan video ini hanya mengesahkan PKR ini parti yang memang suka perkara yang ‘songsang’…
Dipetik dari laman blog “Anwar Shaari Menulis” di pautan;
http://anuar-shaari.blogspot.com/2020/04/pkr-parti-songsang-penafian-hanya.html?m=1