SIDANG PARLIMEN DIJADUALKAN HANYA SEHARI PADA 18 MEI

128
SHARES
412
VIEWS

Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-14  yang dijadualkan bersidang pada 18 Mei ini dihadkan kepada satu hari sahaja berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Kenyataan tersebut dimaklumkan dalam satu notis oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat susulan daripada pelaksanaan PKP dan akan diadakan bagi membincangkan rang undang-undang dan usul urusan kerajaan sahaja.

“Sehubungan itu, tiada sesi pertanyaan lisan di bawah peraturan Mesyuarat 22 (2) dan 22 (5), pertanyaan bertulis dan usul. Oleh yang demikian, semua pemberitahuan tersebut tidak perlu dihantar untuk mesyuarat ini,” katanya.

Dewan Rakyat pada awalnya dijadualkan bersidang selama 15 hari bermula 18 Mei selepas ditangguhkan pada 9 Mac berikutan pertukaran kerajaan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts