KENAPA PN TOLAK LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DIBENTANGKAN?

369
SHARES
2.2k
VIEWS

Adalah sesuatu yang sangat pelik apabila Ahli-ahli Parlimen pembangkang hari ini menolak agar Laporan Ketua Audit Negara 2021 dibahaskan di Parlimen. Sedangkan ia sebenarnya membawa banyak manfaat kepada PN itu sendiri.

1. BN dan PH selama ini konsisten menuduh Tan Sri Muhyiddin dan PN menyalahgunakan kuasa darurat dengan mencuri duit kerajaan. Sekiranya tuduhan ini palsu, bukankah perbahasan isu ini di Parlimen akan membolehkan PN membersihkan nama mereka secara terbuka?

2. Hujah YB Ronald (PN- Beluran) dan YB Mas Ermieyati (PN- Masjid Tanah) bahawa perbahasan itu akan melanggar kuasa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga tidak tepat. Selama inipun pelbagai isu dan dapatan PAC telahpun dibahaskan di Parlimen. Kenapa pula perbahasan berkenaan Laporan Ketua Audit Negara kali ini boleh menjejaskan kuasa PAC?

3. Hujah YB Takiyuddin (PN- Kota Bharu) pula mengatakan bahawa Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan hanya memerlukan Laporan Ketua Audit diletak di atas meja Ahli-ahli Parlimen (laid before the House). Masalahnya, Perkara 107 itu bukanlah bersifat sekatan yang tidak membenarkan ia dibahaskan. Kerajaan boleh membuat lebih daripada itu jika perlu

Contohnya dalam Perkara 107 itu, tidak disebut juga Laporan Ketua Audit Negara perlu disemak oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Tidak disebut juga bahawa semakan itu perlu dibahaskan di Parlimen. Tetapi selama ini elok sahaja kedua-dua perkara itu dibuat dan tidak pernah dibantah mana-mana pihak

4. Saya telah membaca sebahagian Laporan KAN tersebut dan memang terdapat keperluan besar agar ia dibahaskan agar semua rakyat tahu

Sebagai contoh, Kementerian Kesihatan telah menempah 500 ventilator dan bayaran pendahuluan RM30 juta telah dibuat. Tetapi pembekal hanya dapat menyerahkan 136 unit sahaja. Daripada 136 unit itu pula, hanya 28 unit boleh digunakan. 108 lagi rosak. 

Daripada 108 yang rosak, hanya 15 sahaja boleh dipulangkan kembali kepada pembekal. 93 unit tidak boleh dikembalikan kerana tiada dokumen perolehan daripada KKM kepada pembekal kerana dibuat di bawah Tatacara Perolehan Darurat. 

Kerugian kepada negara adalah RM13 juta. Ini baru satu. Ada banyak lagi. Belum cukupkah satu alasan ini?

Atau adakah sudah cukup laungan bersih dan stabil tanpa bukti?

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Kuala Terengganu

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts