• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Tuesday, September 26, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

YDP AGONG: TANGANI SEGERA ISU KALIMAH ALLAH, BIMBANG JADI POLEMIK BERLARUTAN

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
June 6, 2023
in Semasa, Utama
0
YDP AGONG: TANGANI SEGERA ISU KALIMAH ALLAH, BIMBANG JADI POLEMIK BERLARUTAN
12
SHARES
131
VIEWS

Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kegusaran berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang dikhuatiri menjadi polemik berlarutan dan boleh menjejaskan perpaduan nasional dan kesejahteraan negara jika tidak diselesaikan segera.

Al-Sultan Abdullah bertitah ini memandangkan polemik penggunaan kalimah Allah, bukan merupakan perdebatan berhubung terminologi dan linguistik, sebaliknya berkait isu akidah umat Islam dengan sebarang kekeliruan akan hanya mengundang musibah.

“Kerajaan beta hendaklah mengharmonikan situasi semasa dan pada masa yang sama meletakkan penggunaan kalimah Allah pada konteks yang betul dengan mengambil kira keselamatan negara kemaslahatan ummah dan kedudukan Beta serta Raja-Raja Melayu yang lain sebagai Ketua Agama Islam,” titah Seri Paduka.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 di Istana Negara sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang DiPertuan Agong di Istana Negara semalam. 

Seri Paduka bertitah sebarang polemik yang berhubung kait dengan agama jika gagal ditangani dengan segera, adalah umpama sumbu yang akhirnya bakal menyalakan api permusuhan antara kaum.

Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah bertitah dalam berhadapan dengan isu sensitif sedemikian, semua pihak sewajarnya mengambil pendekatan yang bijak, tertib dan disulami dengan semangat toleransi yang tinggi.

Titah Seri Paduka ini selaras dengan prinsip pertama rukun negara iaitu “Kepercayaan Kepada Tuhan”, yang antara lain menekankan bahawa konsep beragama adalah amat penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan ia tidak sewajarnya dijadikan asas kepada pertikaian dan perbalahan.

Al-Sultan Abdullah bertitah ketinggian dan kesucian agama Islam telah sekian lama terpelihara dalam pembentukan negara Malaysia yang merdeka sehingga agama Islam akhirnya didaulatkan sebagai agama Persekutuan di bawah Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

“Kedudukan agama Islam yang ditempatkan pada darjat yang amat tinggi di dalam Perlembagaan Persekutuan, dicapai menerusi persefahaman dan persetujuan oleh semua pihak ketika negara memperoleh kemerdekaan,” titah Seri Paduka.

Yang DiPertuan Agong bertitah perpaduan memerlukan resipi yang efektif dengan hati yang terbuka jiwa yang luhur dan semangat kesetiaan kepada raja serta negara, selain tidak mempersoal dan mencampuri serta memandang rendah urusan dan kepercayaan agama yang diamalkan bangsa lain.

“Demi perpaduan dan masa hadapan negara, sebarang polemik agama hendaklah diselesaikan segera. Semangat perpaduan perlu disemai serta dibentuk di rumah, dibaja, disiram dengan pendidikan serta nilai-nilai murni hidup bermasyarakat di bangku sekolah dan seterusnya diperkasa di institusi-institusi pengajian tinggi.”

Pada 17 Mei lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerusi kenyataan memaklumkan Jemaah Menteri telah mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong untuk mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah kepada Majlis Raja-raja.

Bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi, seramai 839 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023.

Bernama

Tags: Hari KeputeraanKalimah AllahPerpaduanRukun NegaraYDP Agong
Previous Post

KERAJAAN PERPADUAN ‘TERPERANGKAP’ DALAM ISU LCS

Next Post

KENAPA PN TOLAK LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DIBENTANGKAN?

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

SUMPAH AHLI DEWAN RAKYAT MALAYSIA – DR. RAMALAN YUNUS

SUMPAH AHLI DEWAN RAKYAT MALAYSIA – DR. RAMALAN YUNUS

September 20, 2023
HUBBUL WATAN – DR. RAMALAN YUNUS

HUBBUL WATAN – DR. RAMALAN YUNUS

September 9, 2023
FENOMENA LUAR BIASA DARI PULAU BORNEO – DR. RAMALAN YUNUS

FENOMENA LUAR BIASA DARI PULAU BORNEO – DR. RAMALAN YUNUS

September 8, 2023
YDP AGONG TITAH TOLAK PERBEZAAN DEMI MASA DEPAN MALAYSIA YANG GEMILANG

YDP AGONG TITAH TOLAK PERBEZAAN DEMI MASA DEPAN MALAYSIA YANG GEMILANG

September 8, 2023
SEGERAKAN PENUBUHAN RCI – DR. RAMALAN YUNUS

SEGERAKAN PENUBUHAN RCI – DR. RAMALAN YUNUS

September 6, 2023
TAPAK KEBANGKITAN BANGSA NUSANTARA – DR. RAMALAN YUNUS 

TAPAK KEBANGKITAN BANGSA NUSANTARA – DR. RAMALAN YUNUS 

September 5, 2023

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In