Innalillahiwainnailaihirojiun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini Datuk Seri Abu Bakar Harun meninggal dunia hari ini di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.
Allahyarham dilapor meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung.
Pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi muat naik status di akaun Facebook rasminya pagi ini.
Sebelum ini Abu Bakar daripada UMNO berjaya mempertahan kerusi DUN Chini untuk penggal ketiga dengan mengalahkan calon PKR Sitarunishah Ab Kadir dengan majoriti 7,675 undi dalam pertandingan tiga penjuru.
Al Fatihah.
“Mendapat perkhabaran berita sedih pemergian seorang sahabat dan rakan seperjuangan, Datuk Seri Abu Bakar Harun, yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.”