RAIS YATIM: KOS SARA HIDUP, KERAJAAN WAJAR BERTERUS TERANG

99
SHARES
318
VIEWS

Sebelum PRU-14, Pakatan Harapan menjanjikan pelbagai perkara termasuk berjanji menangani kos sara hidup dalam masa 100 hari pentadbirannya.

Antaranya dengan menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar serta pemansuhan tol.

Namun selepas 50 hari nampaknya rakyat Malaysia kini gusar kerana harga barangan dan kos sara hidup tetap sama meskipun kerajaan hampir dua bulan telah bertukar.

Menurut Tan Sri Rais Yatim, menteri berwajib dalam Pakatan Harapan seharusnya berterus terang kepada rakyat berkaitan kos sara hidup termasuk kewangan negara. 

“Kita kena berterus terang dengan apa yang diluahkan sebenarnya berada di tahap rakyat hari ini, saya rasa keadaan paras kedudukan kewangan negara, pertukaran wang menampakkan matawang Malaysia turun, ini pun menjadi isu kepada rakyat biasa.”

“Perlu juga Menteri Kewangan banteras keadaan ini kepada munasabah dan tak boleh dikatakan faktor itu ini sebab masa kita berkempen dulu, kita kata menang sahaja esok minyak turun, menang sahaja, esok tol mula kita redakan kedudukannya, yang itu nampak belum berlaku,” ujar beliau.

Walaupun sebahagian pengundi Pakatan Harapan masih belum tersedar dari lena dan tidak kisah manifesto ditunaikan ataupun tidak kerana matlamat mereka hanya ingin kerajaan Barisan Nasional tumbang dan Pakatan Harapan memerintah.

Suatu ketika mereka juga akan mula bersikap realistik dan terkesan dengan kos sara hidup yang tiada perubahan. Mereka akan mula mengkritik bahkan mula membangkang kerajaan Pakatan Harapan yang disokong sebelum ini.

Ini tidak seharusnya dibiarkan berlaku kerana dengan isu-isu meningkatnya kos sara hidup, kita telah menyaksikan Barisan Nasional yang kuat juga boleh tumbang. Apatah lagi Pakatan Harapan yang masih mentah sebagai kerajaan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts