RAIS YATIM DAN PPBM, JANGAN SEKAT HAK ORANG MUDA UNTUK MENGUNDI

354
SHARES
2.1k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Ketika ditanya berkenaan isu Undi-18, Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim yang tidak bersetuju dengan cadangan ini berkata adakah kita bersedia untuk orang-orang muda yang baru keluar sekolah untuk jadi ahli politik? 

Saya hormat Speaker Dewan namun hujah Tan Sri Rais Yatim ini seolah kebudak-budakkan.

Jika jawapan seperti ini diberi dalam kertas soalan SPM, tentunya Tan Sri Rais akan gagal.

PERTAMA, usul Undi-18 itu ialah berkenaan kelayakan orang muda berumur 18 tahun untuk mengundi atau untuk mereka menjadi pengundi, ia bukan usul untuk mereka berpolitik atau menjadi ahli politik.

Di Malaysia sekarang ada lebih kurang 15 juta pengundi, hampir semua (atau 99 peratus) daripada mereka bukanlah ahli politik atau sibuk berpolitik walaupun mereka mengikuti perkembangan politik. Jadi pengundi tidak bermaksud jadi ahli politik.

Jika pengundi-pengundi muda berumur 18 tahun ke atas ingin mengikuti perkembangan politik dan pada masa yang sama mengambil bahagian dalam proses demokrasi melalui pembuangan undi, ini perlu dibenarkan malah digalakkan kerana mereka adalah pemegang taruh terbesar ke atas dasar-dasar kerajaan yang memberi kesan kepada mereka dalam tempoh sekurang-kurangnya lima tahun akan datang sehingga mereka berumur 23 tahun.

Dalam tempoh inilah mereka akan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan hidup seperti mencari pekerjaan, memulakan keluarga, membeli rumah, dan sebagainya yang banyak dipengaruhi oleh dasar-dasar kerajaan yang dipilih melalui Pilihan raya.

Jika mereka tidak dibenarkan mengundi, ia adalah suatu penganiayaan atau ketidakadilan besar kepada mereka.

KEDUA, daripada 8 juta pengundi muda baru berumur 18 tahun ke atas yang dijangka akan layak mengundi secara automatik dengan Undi-18 tersebut, lebih dua-per-tiga atau 5 juta daripadanya adalah pengundi muda Melayu.

Bagaimanakah kita hendak percaya yang Rais Yatim dan partinya PPBM ini kononnya ingin memperjuangkan hak orang-orang Melayu jika mereka tidak benarkan berjuta-juta anak muda Melayu untuk mengundi?

Kepada Tan Sri Rais dan PPBM, jangan sekat hak orang muda untuk mengundi.

18 Mac 2021

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/937788723643319/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts