ISU SAMAN RM10,000: SIAPA YANG SALAH FAHAM SEBENARNYA?

141
SHARES
455
VIEWS

Kerajaan Perikatan Nasional menjelaskan dakwaan yang mengatakan individu yang melakukan kesalahan kecil dikenakan kompaun RM10,000 sebelum ini berlaku hanyalah kerana “salah faham”. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata kadar RM10,000 yang ditulis dalam notis kompaun diberikan sebenarnya jumlah maksimum yang boleh dikenakan kepada pesalah.

Apabila mereka dikemuka kompaun, bukan bermakna tawaran kompaun RM10,000, tetapi boleh dikenakan sehingga RM10,000.” 

Sekarang dengan adanya garis panduan, mereka boleh mendapatkan diskaun 50 peratus jika dibayar dalam tempoh tujuh hari atau 25 peratus jika dibayar dalam tempoh 14 hari.” 

Tempoh diskaun itu akan dikira bermula hari ini, walaupun kompaun itu sudah dikeluarkan sebelum ini.”

Takiyuddin juga menjelaskan kompaun RM1,500 ditetapkan bagi kesalahan seperti tidak memakai pelitup muka, gagal menjaga penjarakan fizikal dan tidak mendaftar melalui aplikasi MySejahtera serta gagal merekod butiran diri ketika memasuki premis. 

Apa yang menarik perhatian, Takiyuddin juga dipetik berkata, tiada keperluan untuk individu dikenakan kompaun untuk menggunakan khidmat guaman kerana garis panduan yang dikeluarkan kerajaan hari ini sudah cukup jelas dan sesiapa yang tidak berpuas hati boleh mengisi borang permohonan pengurangan kompaun dan buat rayuan kepada pegawai di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan dan polis sudah memaklumkan kepada pegawai dan anggotanya supaya kompaun dikeluarkan sebagai langkah terakhir selepas teguran diberikan.

Sekarang kita akan wujudkan pasukan penguatkuasaan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang terdiri daripada polis, tentera, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan pegawai penguat kuasa pihak berkuasa tempatan.”

Mereka akan pakai lilitan lengan bertulis ‘Team SOP’ dan beri nasihat atau amaran kepada orang awam. Kalau ingkar lagi, baru saman dikeluarkan.”

Penjelasan ini sepatutnya dikeluarkan lebih awal iaitu pada mula kompaun RM10,000 ini dimulakan bukannya selepas salah faham berlaku barulah kerajaan bertindak membuat ‘u-turn‘ untuk ‘membetulkan’ salah faham yang diciptanya sendiri tetapi telah menyusahkan dan mengelirukan rakyat termasuklah agensi penguatkuasaan.

Arahan jelas sepatutnya dikeluarkan sebelum implementasi arahan dan bukannya bersifat “trial and error” yang hanya mengundang kemarahan ramai. Semoga kerajaan selepas ini tidak lagi tersalah memberi arahan dan selain itu adalah lebih baik jika kerajaan berani mengaku tersilap dan bukannya berdalil dengan berkata “salah faham”. Ini kerana tiada siapapun tersalah faham selama ini dalam pematuhan SOP melainkan arahan tersebut kurang jelas, malah Takiyuddin sendiri berkata, “Sekarang dengan adanya garis panduan…” yang bermakna sebelum ini kerajaan tidak mempunyai sebarang garis panduan. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts