HAMID BADOR DIGESA DEDAH KARTEL MAHU JATUHKAN BELIAU

438
SHARES
2.6k
VIEWS

Ketua Polis Negara (KPN) Abdul Hamid Bador digesa mendedahkan ‘kartel’ yang dikatakan mahu menjatuhkan beliau supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Sebelum ini Hamid buat pertama kali mendedahkan perkara tersebut dalam sebuah wawancara bersama akhbar Sinar yang dikendalikan oleh Tan Sri Johan Jaafar. Beliau berkata ada sekumpulan ‘polis muda’ membentuk kartel untuk mendominasi pasukan itu bagi menjatuhkannya.

Gesaan bagi mendedahkan identiti kartel tersebut dibuat oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang dipetik berkata umum sememangnya telah mengetahui wujud beberapa pihak dalam pasukan polis dengan segelintir pegawai menyokong kumpulan tertentu untuk kenaikan pangkat. Tetapi jika melibatkan ‘kartel’, ia bererti individu di luar pasukan polis yang mempunyai kaitan dengan pegawai polis tertentu.

Hamid berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahannya sebelum ini bahawa segelintir pegawai kanan di peringkat pertengahan juga terlibat dengan kartel yang akan memastikan rakan mereka dalam, pasukan dinaikkan pangkat seterusnya mendominasi pucuk pimpinan tertinggi polis pada masa depan.

Beberapa Ahli Parlimen turut memberi pandangan dengan kewujudan kartel seperti itu mungkin antara punca pengedaran dan penggunaan dadah masih terus berleluasa di negara ini dan adakah wujud dalang dalam dunia jenayah yang turut memanipulasi polis?

Sebagai rekod Hamid Bador yang kini berusia 62 tahun dilantik menjadi Ketua Polis Negara oleh Tun Mahathir dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 4 Mei 2019 dan kontraknya berakhir pada 3 Mei depan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts