HARI INI CIUM TANGAN SULTAN PUN KENA KRITIK

486
SHARES
2.9k
VIEWS

Budaya orang Melayu apabila berjumpa dengan yang lebih tua mereka akan bersalaman dan mencium tangan mereka tanda hormat.

Ibubapa, pakcik makcik dan kadangkala guru dan ustazpun kita salam dan cium tangannya. Dalam Islam apabila memberi salam dan bersalaman ini digelar sebagai ‘bermusafaha‘.

Kadangkala yang dicium tangannya itu lebih muda namun tanda hormat kerana beliau guru agama kita ataupun pemimpin yang kita hormati. Jika tidakpun suami yang berusia lanjut atau usia mudapun kita cium tangannya kerana kita sayang dan hormat, tidak menjadi masalah.

Apatah lagi kalau seorang Raja ataupun Sultan yang wajar dihormati, bukan disuruh sembah cium lututpun cuma salam dan cium tangan tanda hormat. Kalau perempuan bukan mahram tidak perlulah sampai cium tangan, asal tahu batas agama tu cukuplah.

Jadi apa salahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim membongkok dan mencium tangan Sultan Johor, tidak kisahlah monarki, feudal ataupun kolot sekalipun. Asalkan Datuk Seri Anwar hormat dan tidak bermuka-muka, sudahlah.

Beliau tunduk dan cium tangan Sultan Johor itupun kerana hormat, bukan beliau kisahpun kefeudalan atau kemonarkian Sultan tersebut, cuma kita ini bila tidak suka sesuatu itu, benda yang baikpun kita kata tidak baik.

Membongkok pula kerana postur badan manusia dewasa kenalah bongkok kalau tidak tangan perlu diangkat tinggi selaras dengan kepala tetapi kelihatan janggallah pula bersalaman begitu.

Kalau kanak-kanak tidak perlu membongkok kerana mereka memang rendah. Sesama kanak-kanak juga perlu membongkok jika hendak cium tangan rakannya kerana begitulah postur badan manusia.

Kalau kerana membongkok dan cium tanganpun sistem Beraja juga hendak dipersalahkan, selepas ini sesiapa yang datang kenduri kita tunduk hormat macam orang Jepun ataupun cium laga pipi macam orang Barat.

Baru terkejut pak imam dengan jemaah masjid.

Baca berita penuh di bawah:

POLIS SIASAT PEGUAM KERANA ARTIKEL PERSOAL RAJA

Pihak polis kini sedang menyiasat seorang peguam aktivis, Fadiah Nadwa Fikri berhubung satu artikel ditulisnya yang dikatakan mempersoalkan institusi diraja dan berunsur hasutan.

Fadiah yang merupakan pegawai penyelidik undang-undang Pusat Menentang Rasuah dan Kronisme (C4) berkata, beliau dipanggil untuk hadir ke Balai Polis Brickfields esok selepas laporan dibuat terhadapnya.

“Saya telah dipanggil polis untuk disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Soal siasat akan diadakan di IPD Brickfields esok pada pukul 4 petang,” tulisnya di Twitter hari ini.

Terdahulu, Fadiah dalam tulisannya mengkritik perbuatan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membongkok dan mencium tangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar Shah.

Peguam itu menulis di Facebooknya:

“Terlalu banyak perkara yang berlaku selepas pilihan raya yang meresahkan.

“Pertemuan Anwar Ibrahim yang diabadikan dalam sebuah gambar di mana dia tunduk dan mencium tangan seorang manusia bergelar sultan adalah salah satu daripadanya,” katanya.

Beliau turut berkongsi pautan artikel panjang yang ditulis dalam sebuah blog.

Selain mempersoalkan perlakuan Anwar, artikel itu turut mengingatkan bahawa sistem beraja atau monarki “sudah tidak boleh dipertahankan” dan telah “lapuk ditelan zaman”.

“Memandangkan wujudnya hubungan tegang antara Perdana Menteri sekarang dengan monarki, tidak menghairankan mengapa yang dikatakan bakal perdana menteri melakukan sedemikian.”Apa yang meresahkan tentang perlakuan yang diabadikan gambar itu adalah budaya feudal yang tidak boleh dipertahankan dan implikasi besar yang disampainya”.

“Dalam melawan lupa, kita perlu diingatkan bahawa rata-rata di dunia, kewujudan monarki telah lama lapuk ditelan zaman. Sejarah menunjukkan bahawa absurditas institusi ini tidak lagi boleh diterima, dipertahan dan diwajarkan,” tulis Fadiah.

Tidak lama selepas dibebaskan dari penjara, Anwar menghadap beberapa orang sultan termasuk Yang di-Pertuan Agong.

Pertemuannya dengan Sultan Ibrahim dilaporkan berlaku di Istana Pelangi, Johor Bahru pada 22 Mei.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts